Laman Utama
“Dua Minggu Lebih Awal Dari Tarikh Jangkaan” - Isteri Selamat Bersalin, Fizo Omar Dapat Baby Girl
Pelakon Fizo Omar memaklumkan isterinya, Fazeera Nazri baru sahaja melahirkan anak sulung mereka sebentar tadi.
Berita gembira itu dikongsi Fizo menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya hari ini.
Menurut Fizo, bayi perempuan seberat 2.73 kg itu dilahirkan dua minggu lebih awal dari tarikh jangkaan bersalin.
“Alhamdulillah, another beautiful gift from Allah. Isteri saya selamat melahirkan seorang bayi perempuan dua minggu lebih awal dari EDD (estimated delivery date).
“Terima kasih di atas doa dari semua okay. Okay lah daddy dah nak on duty ni,” kongsinya.
Dalam pada itu menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya mengucapkan tahniah kepada Fizo dan isterinya.
Terdahulu, Fizo dan Fazeera berkahwin pada 21 Oktober 2021.
Sebelum ini Fizo pernah mendirikan rumah tangga bersama usahawan terkenal, Mawar Karim namun jodoh mereka tidak panjang.
Pasangan ini kemudiannya mengambil keputusan untuk bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat pada 10 Julai 2019.
Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini memiliki seorang anak perempuan, Wan Maryam yang kini berusia lima tahun.