Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

“Dua Peguam 'Side' Fattah Amin, Kes Berat Ni” - Netizen

Umirah Halim 08/10/2024 | 21:55 MYT

Isu kemelut rumah tangga selebriti, Fattah Amin dan bekas isterinya Fazura masih lagi menjadi perbualan hangat orang ramai di media sosial.

Peguam komen

Terbaharu, komen yang ditinggalkan peguam terkenal iaitu Hafidzah Hassan berjaya mencuri perhatian ramai.

Menerusi komen tersebut, Hafidzah dengan secara terbukanya menyatakan sokongan kepada Fattah.

Ujar Hafidzah, sokongan itu diberi berdasarkan pengalaman 15 tahunnya yang berkecimpung dalam bidang undang-undang.

“Selepas 15 tahun mengendalikan kes fitnah dan syariah, maaf saya ‘team’ Fattah Amin," tulisnya.

Komen yang ditinggalkan peguam itu kemudiannya tular dah meraih pelbagai respons daripada netizen.

ARTIKEL BERKAITAN:Fazura Dedah Fattah Berlaku Curang, Terkilan Pengorbanan Dipersiakan - “Bertahun-Tahun Saya Hidup Sengsara”

ARTIKEL BERKAITAN:Fazura Menangis, Fattah Amin Sah Lafaz Cerai Talak Satu

ARTIKEL BERKAITAN:Setahun Menyepi, Hantaran Fazura Di X Bikin Netizen Kecoh - “Hint Ke Ni?”

ARTIKEL BERKAITAN:"Sentiasa Gembira & Dimurahkan Rezeki" - Fazura Terima Sejambak Bunga & Kad Ucapan Dari Fattah Amin Sempena Birthday

ARTIKEL BERKAITAN:“Mereka Cakap Dia Seorang Introvert & Tak Reti Berparti Bagai…” - Individu Dedah Perangai Sebenar Fattah Amin

“Dua orang peguam menyebelahi pihak Fattah. Hm kes berat ni.

“Jarang orang kesiankan lelaki bila kes cerai berai ni kan. Kali ini, lain macam ramai menyebelahi Fattah Amin.

“Tak perlu team sesiapa, doakan dipermudah urusan mereka berdua," komen beberapa netizen.

Tedahulu, Fattah dan Fazura disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari hari ini.

Lafaz cerai dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Abdul Malik Soleh kira-kira jam 9.45pagi.

Pada 13 September lalu, Fazura memfailkan cerai terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

Imbas kembali, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia tiga tahun.

Sumber: TikTok

#Fazura #cerai #Netizen #Amin #Fattah #Peguam
;