Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Viral

Dua Pelajar Kolej Tunku Kurshiah Harumkan Nama Malaysia Di Pertandingan Robot Antarabangsa Jepun! - “Kami Tak Jangka…”

Ainun 21/12/2024 | 05:55 MYT
Dua wakil negara dari Kolej Tunku Kurshiah (TKC), Negeri Sembilan, iaitu Nuha dan Amani, telah mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa.
Kemenangan mereka dalam Pertandingan Sumo Robot Seluruh Jepun (All Japan Robot Sumo Tournament) berjaya membanggakan seluruh rakyat Malaysia.

Lakukan yang terbaik

Menurut dua remaja tersebut, mereka telah memberikan yang terbaik dalam pertandingan berkenaan dan berjaya meraih tempat ketiga.

“Kami sebenarnya bukanlah juara, tetapi kami telah berusaha sebaik mungkin untuk berada di tempat ketiga dalam pertandingan ini,” kata mereka.

Bangga dengan pencapaian dalam pertandingan antarabangsa

Jelasnya, ramai orang di sekeliling tidak menyangka mereka mampu mencatatkan kejayaan ini. Malah, ada yang berasa bangga dengan keberanian dan usaha mereka menyertai pertandingan tersebut.

Hal ini disebabkan oleh ketekunan dan semangat kami yang tidak pernah berputus asa, yang akhirnya membawa kepada kejayaan yang sangat membanggakan.

“Sebenarnya ramai yang tidak menjangka bahawa dua remaja sekolah seperti kami mampu berjaya dalam pertandingan ini. Walau bagaimanapun, semua orang di sekeliling kini bangga dengan pencapaian kami, walaupun kami berasal daripada pasukan yang berlainan.

“Jurulatih kami juga pernah berpesan supaya kami tidak takut atau memandang rendah terhadap hasil kerja kami, kerana ada pihak lain yang mungkin terlalu yakin dengan kehebatan mereka. Bila kami berjaya memenangi pertandingan ini, mereka sangat terkejut dengan pencapaian kami,” jelas mereka lagi.

Cabaran sertai pertandingan antarabangsa

Pada masa yang sama, Nuha dan Amani turut berkongsi pengalaman emosi dan mental yang dialami oleh mereka sepanjang pertandingan.

Malah, dua remaja pintar ini memilih untuk kekal positif tanpa meletakkan harapan terlalu tinggi terhadap kemenangan.

“Antara cabaran yang kami hadapi sepanjang pertandingan adalah tekanan yang dirasai. Persekitaran di sekeliling kami membuatkan kami berasa sangat tertekan. Bila kami melangkah ke gelanggang, tekanan itu semakin meningkat,” kata mereka.

“Kami hanya mampu berkata bahawa berada di tahap ini sudah cukup membuatkan kami berasa gembira. Kami juga tidak meletakkan harapan yang tinggi untuk memenangi pertandingan ini. Jika ada rezeki untuk kami memenanginya, maka kami akan menenanginya,” kongsi mereka dengan penuh rasa syukur.

Sekadar info, video robot sumo milik Nuha dan Amani, yang mewakili Kolej Tunku Kurshiah (TKC), telah tular apabila robot mereka berjaya menewaskan pasukan lawan dari Jepun dalam Pertandingan Sumo Robot Seluruh Jepun (All Japan Robot Sumo Tournament) yang berlangsung baru-baru ini.

#Malaysia #Jepun #Antarabangsa #Teknologi #Pertandingan #Robot #Kolej Tunku Kurshiah #Robotik
;