Duduk Berseorangan, Resah Dan Termenung, Macam Ni Rupanya Bila Remy Ishak Nervous Datang Audition PGL
Siapa sangka pelakon Remy Ishak juga gementar sewaktu menyertai uji bakat Puteri Gunung Ledang The Musical (PGL2020) yang diadakan oleh pihak Enfiniti Production pada Ahad.
Remy berkongsi perasaannya itu menerusi video yang dimuat naik menerusi posting terbaru diakaun Instagramnya.
Video berdurasi hampir 10 minit itu merakamkan gelagat Remy sepanjang uji bakat berlangsung.
Menurut Remy, walaupun dia berasa gementar namun momen tersebut meninggalkan kenangan manis buat dirinya.
“Uji bakat Puteri Gunung Ledang The Musical. Tanggal 24 November tahun 2019 saya telah menghadiri uji bakat sebagai seorang pelakon pentas untuk sebuah naskah yang berprestij, Puteri Gunung Ledang The Musical.
“Terima kasih Puan Sri @tiarajacquelina dan warga kerja di @enfinitimy atas peluang yang diberikan. #PGL2020,” tulisnya.
BACA: "Dari Segi Vokal, Memang Mencabar Kerana..." - Remy Ishak Sertai Uji Bakat Puteri Gunung Ledang The Musical
PGL The Musical yang diarahkan oleh Puan Sri Tiara Jacquelina itu akan memulakan pementasan di Esplanade, Singapura pada Jun 2020.
Pementasan di Kuala Lumpur pula akan diadakan di Istana Budaya pada Julai 2020.
Jalan cerita pementasan teater tersebut adalah berdasarkan naskhah asal hasil karya Adlin Aman Ramlie, sudah tentu ramai yang merindui watak Hang Tuah dan Gusti Putri, sama-sama kita nantikannya!