Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
BERITA

“Dulu, Gadis Paling Gemuk Di Kelas, Diejek Tapi...”- Dedah Foto Ketika Gemuk, Soo Wincci Beri Inspirasi

Syafiqah Jalal 20/12/2018 | 23:56 MYT
Penyanyi Soo Wincci mendedahkan dia pernah mempunyai fizikal yang gemuk ketika kecil.
Bukan sahaja itu, Wincci memberitahu dia juga seorang yang mempunyai masalah dalam pelajaran serta sering diejek rakan-rakannya di sekolah.
Namun ejekan itu telah memberi semangat untuk dia mengubah diri dan hidupnya supaya berjaya seperti gadis lain.
“Dulu masih kecil Wincci ada masalah dengan belajar dan merupakan gadis yg paling gemuk di kelas, sentiasa diejek..
“Tapi Wincci tak nak sebegitu seumur hidup jadi Wincci mula berkerja keras dan mengejar impian sendiri !
“Wincci pasti anda semua akan lebih berjaya drp gadis yg gemuk ni kan !” Tulisnya.
Wincci berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram (IG) miliknya.
Dalam entri yang sama Wincci turut memuat naik fotonya sewaktu kecil berbadan gemuk.
Perkongsian tersebut telah memberi inspirasi kepada pengikutnya yang rata-rata kagum dengan semangat penyanyi tersebut.
#Penyanyi #Soo Wincci #Penyanyi #Gemuk