Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Dulu Isteri, Sekarang Sahabat… Hafiz Mahamad Dedah Rakan Niaga Pula Terkena Buatan Orang

Izwan Isa 21/03/2022 | 05:50 MYT

“Sebelum ini isteri saya, hari ini team saya. Tergamak kamu wahai manusia di saat dia sarat mengandung. Tak ada yang perlu dengki, mereka sama seperti kamu, bekerja keras mencari rezeki,” begitulah luahan pengsohor media sosial, Hafiz Mahamad sambil berkongsi video yang memperlihatkan seorang rakan niaganya yang didakwa terkena buatan orang.

Hafiz berkata, dia berasa sedih dan marah kerana dia telah menganggap kakitangannya sebagai keluarga sendiri.

A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad)

“Tipu saya tak sedih, marah. Saya anggap team seperti keluarga sendiri. Sakit mereka, sakit saya. Tak ada apa yang kamu perlu dengki. Saya tahu kerja keras dan kenal mereka dari lima tahun yang lepas lagi.
“Dalam dua, tiga bulan ni, semuanya jadi serentak: orang letak barang sihir, media social dan Whatsapp di banned (walaupun tidak ada apa-apa salah) dan rumah dipecah serta ada unsur ugutan,” kongsinya.
Hafiz turut berasa terkilan kerana ada yang sanggup memperlakukan kakitangannya sebegitu, memandangkan wanita tersebut sedang sarat hamil.
“Waktu semua ini jadi, setiap minggu kita video call. Hilang ceria di wajah dia, apa yang ada hanya ‘takut dan air mata’.
“Januari 2018, waktu Maghrib. Saya jemput mereka dalam perniagaan dan perjuangan ni, saya tahu situasi keluarga ni dulu tp saya nampak kesungguhan.
“Lima tahun mereka kerja keras, harini di saat anak-anak mereka mampu makan, banyak sahabat yang terbantu dan ditambah dengan sarat mengandung sekarang… Sampainya hati manusia buat si ibu macam nii. Apa dosa keluarga ni?
“Takpa. Allah Maha besar. Saya tahu kebolehan keluarga ni, mereka mampu naik balik kerana kuasa Allah & hasil support orang ramai Pegang kata-kata saya, mereka akan senyum balik dan saya akan pastikan itu berlaku.
“Jangan pernah gentar berdepan situasi macam ini. Mereka yang ada titik hitam dalam hati mahu kamu lemah, jangan berhenti. Teruskan perjuangan,” tulisnya lagi.
Untuk rekod, Hafiz pernah mendedahkan yang isterinya, Syafiqah Aina terkena buatan orang pada tahun lalu. Ujar Hafiz, isterinya ketika itu sering marah-marah dan bersikap dingin terhadapnya.
BACA: “Diri Saya Takda Apa-Apa Untuk Didengkikan” - Hafiz Mahamad & Isteri Terkena Buatan Orang
#Sihir #Hafiz Mahamad #Syafiqah Aina #Ilmu Hitam
;