Hiburan
“Dulu Kami Pernah Buat ‘Opening Act’ Untuk Konsert Ella Sampai Kena Boo” – KRU Syukur Masih Diterima Ramai, Tetap Relevan Kepada Peminat
Trio legenda, KRU tampil memberi respons terhadap dakwaan sesetengah pihak yang mempertikai kerelevanan kumpulan itu setelah mengumumkan penambahan hari ketiga konsert GenKRU.
Momen Kena Boo
Menurut anggotanya iaitu Datuk Norman, 52, dia tidak mengambil pusing dengan komen-komen netizen malah menganggap ia perkara biasa dalam industri.
“Pertama sekali, saya rasa ada yang minat KRU, ada yang tidak.
“Saya rasa itu komen-komen yang biasa. Dulu kami pernah buat opening act untuk Konsert Ella di Lumut sampai kena boo. Kami mat rap buat persembahan untuk Ratu Rock.
“Saya tak kisah apa orang nak cakap, sebab saya tahu kami relevan pada peminat kami. Itu yang paling penting,” ujarnya kepada Gempak.
Generasi Baharu Minat KRU
Dalam pada itu, Norman turut bersyukur dengan sokongan peminat yang tidak henti daripada awal hingga kini.
Malah, Norman teruja dengan kemunculan-kemunculan peminat era baharu.
“Lagu-lagu KRU ini ada peminat yang cakap KRU tak boleh mati maksudnya ada saja generasi baharu yang masuk.
“Saya ada tengok video ibu bapa beri anak dengar lagu KRU. Budak lima ke enam tahun. 12 tahun pun ada siap menari.
“Ibu bapa mereka minat KRU, jadi mereka pun turut sama minat KRU,” ujar Norman.
Tiket untuk Konsert GENKRU boleh didapati melalui laman www.ticket2u.com.my/kru3 harga bermula dengan kategori dan harga: reKRUed - RM258, Canggih - RM358, Relax- RM478, Kaset - RM508, KRUjaan - RM548 dan KRUnisme - RM588.
Untuk pemegang kad Maybank (MAYBANK CARDMEMBERS), pra-jualan tiket dibuka pada 7 Januari 2025 (Selasa sahaja) dari pukul 11 pagi.
Tiket untuk umum pula akan mula dijual pada hari Rabu, 8 Januari 2025, pada pukul 3 petang.