Gaya Hidup

"Dulu Mak Selalu Nyanyikan Lagu Siti" - Kel Wen Tak Percaya Dapat Reka Baju Untuk Penyanyi No.1 Negara!

Amri Hassan
03/12/2020
06:10 MYT
Sponsor Banner
"Dulu Mak Selalu Nyanyikan Lagu Siti" - Kel Wen Tak Percaya Dapat Reka Baju Untuk Penyanyi No.1 Negara!
Pereka fesyen Kel Wen dari jenama yang sedang meningkat naik, Behati, tidak menyangka dapat mereka busana buat penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Bermula daripada angan-angan, kini impian Kel Wen menjadi kenyataan apabila dapat berkolaborasi dengan Siti dalam tiga projek besar tahun ini.
"Saya masih ingat ibu saya selalu menyanyikan lagu Siti. Kawan baik saya pun tinggal berdekatan kediamannya dan setiap kali melalui rumah beliau, mesti kami akan melawak sesama sendiri yang kami akan makan malam bersama beliau suatu hari nanti.
"Tahun ini, impian itu terlaksana.
"Saya dapat peluang untuk menghasilkan busana kepada beliau bukan hanya satu tapi tiga projek besar," tulis Kel Wen di Instagramnya.
Biarpun agak tergesa-gesa, Kel Wen beranggapan ciptaannya masih boleh diperbaiki pada masa akan datang sekiranya ada peluang lagi.
"Ia agak terburu-buru, saya tiada masa yang cukup untuk melakukan yang terbaik. Jujurnya ada bahagian yang perlu diperkemaskan pada masa akan datang.
"Saya harap beliau gembira dengan hasil kerja saya.
"Dapat mencipta busana yang menjadi dambaan setiap orang sangat mengujakan dan mendebarkan! Terutama apabila ada rekaan tertentu yang sudah sebati dengan pandangan umum selama ini.
"Saya sangat gemuruh apabila berbicara dengan beliau, apapun teruma kasih untuk kata-kata yang sangat bermakna dari beliau. Saya akan kenang segala komen dan akan memperbaiki pada masa akan datang.
"Terima kasih kerana percayakan saya. Akan sentiasa bersedia untuk bekerjasama pada masa akan datang sebab ada banyak lagi idea untuk beliau," tambah Kel Wen.
Kel Wen mereka dres merah dan baju kurung kuning Siti untuk muzik video terbaharu Kuasa Cintamu. Selain itu, pereka fesyen itu turut menghasilkan gaun putih berstruktur untuk Siti dalam muzik video Siapa Tak Mahu.
Pemilik jenama Behati itu juga antara pereka fesyen muda yang pernah ditampilkan dalam rancangan InRealFashion.
Bagi yang terlepas menyaksikan rancangan terbabit, tonton di pautan ini:
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar