Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Dulu Menyampah, Sekarang Bila Dah Berada Di Australia Ada Pula Yang Sedih… “Saya Tak Buat Benda Pelik-Pelik...” - Sajat

Izwan Isa 27/10/2021 | 22:50 MYT
Sejak berpindah dan menetap di Australia, selebriti media sosial Nur Sajat Kamaruzzaman atau lebih mesra di sapa Sajat banyak meluangkan masa bercerita mengenai pengalamannya berada di sana menerusi sesi siaran langsung di media sosial.

A post shared by Nursajat (@nursajatkamaruzzaman)

Pelbagai perkara dibualkan oleh Sajat bersama pengikutnya termasuklah proses kuarantin yang masih dijalani dan bantuan yang diberikan oleh kerajaan Australia kepadanya sejak dia menetap di sana.
Menerusi sesi siaran langsung Instagram semalam, Sajat turut bercerita mengenai bisnesnya yang sudah mula bertapak atas sokongan rakyat Malaysia yang juga bermastautin di bumi kangaru itu.
“Ramai Melayu di sana, tak sunyi sangat. Sajat ada promosikan produk di sini. Sudah ada juga orang yang menjadi stokis. Ada yang dari Melbourne dan Perth. Alhamdulillah...,” tuturnya.
BACA: "Abang Jad Nanti Kutip Epal Tau" - Kini Berada Di Australia, Netizen Sindir Sajat Yang Dikatakan Baka Muflis
Ketika sesi siaran langsung itu juga, seorang pengikut meluahkan perasaan tentang penghijrahan Sajat ke luar negara. Menurut pengguna media sosial itu, dahulunya perasaan menyampah hadir apabila melihat perangai Sajat ketika dia berada di Malaysia.
Namun, selepas Sajat berpindah ke luar negara, perasaan menyampah itu bertukar menjadi sedih pula.
“Bagi saya, saya tidak buat benda yang pelik-pelik (ketika berada di Malaysia). Saya bukan kaki disko, saya bukan kaki clubbing, saya bukan kaki parti. Saya buat bisnes saya. Awak tak boleh anggap saya di media sosial sama dengan saya di realiti… tidak.
“Di media sosial, kita nak benda yang hyper. Saya tidak buat perangai apa-apa pun. Mungkin disebabkan saya punya karakter dan saya bercerita pula hal bisnes, mungkin ada dua atau tiga silap yang saya lakukan.
“Hal itu yang menyebabkan orang kecam. Saya tidak boleh menipu diri saya, inilah diri saya,” katanya.
BACA: Sepupu Sajat Mahu Saman Harith Iskander "Bila Seseorang Menjatuhkan Reputasi Kita..."
Terdahulu, media tempatan melaporkan Sajat telah ditahan di Imegresen Thailand pada 8 September lalu kerana mempunyai pasport yang tidak sah.
Sajat juga memiliki kad pelarian Suruhanjaya Pelarian Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR) ketika berada di Thailand.
Untuk rekod, pada 23 Februari lalu, Mahkamah Syariah telah mengeluarkan waran tangkap terhadap Sajat kerana gagal hadir pada prosiding kes berpakaian wanita tiga tahun lalu.
Terbaharu, Sajat memaklumkan yang dia telah menerima kad hijau dan kad kuning dari negara Australia mendakan dirinya kini menjadi penduduk tetap di sana.
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!
;