Laman Utama
“Dulu Minta Antagonis Tapi Ramai Cakap Muka Sesuai Watak Baik” - Lakonan Jahat Faye Kusairi Dapat Pujian
Pelakon Faye Kusairi mendedahkan pernah meminta untuk berlakon watak antagonis semasa mula-mula melibatkan diri dalam bidang lakonan.
Bagaimanapun kata Faye rata-ratanya berpendapat wajahnya lebih sesuai untuk membawakan watak lembut termasuklah suaminya, pengarah, Azmi Hatta.
“Dulu masa baru nak berjinak dalam dunia lakonan saya pernah minta jadi watak antagonis.
“Tapi rata-rata cakap muka saya sesuai untuk watak-watak lembut, innocent, baik-baik gitu. Sekali dah dapat antagonis, memanjang jelah jadi antagonis.
“Secara jujurnya, suami saya (juga seorang pengarah) dia juga lebih sarankan saya untuk membawa watak ‘kasihan’ atau comel-comel.
“Yang mana memang agak kurang dalam senarai favourite dan juga buka forte saya. Jadi kalau anda melihat saya membawakan watak kesian itu… Tengoklah siapa pengarahnya. Besar kemungkinan dia adalah suami saya,” coretnya di akaun Instagram
Namun lain pula halnya di ruangan komen, rata-rata pengikutnya berpendat lakonan Faye sewaktu membawakan watak antagonis sangat berkesan.
Malah mereka juga memuji kualiti dan keberkesanan lakonan Faye dalam menjiwai watak yang diberikan.
Faye dan Azmi selamat mendirikan rumah tangga pada 9 April 2017.
Hasil perkahwinan itu pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata, Alif Azmi dan Asha Azmi.