Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Dulu Orang Anggap Saya Macam Besi Buruk Tetapi ...” – Sempena Bulan Kemerdekaan, Tesco Bawakan Inspirasi Untuk Rakyat Malaysia

Zulaikha Yusof 30/08/2019 | 09:08 MYT
Tinggal beberapa hari lagi 31 Ogos akan tiba. Itu tandanya tidak lama lagi kita akan menyambut Hari Kebangsaan yang ke-62.
Di ambang hari kemerdekaan, pelbagai cerita dan kisah yang ingin ditekankan selain menjadi teladan kepada kita semua sebagai rakyat Malaysia.
Tesco Malaysia tidak terlepas menghasilkan video menceritakan perjalanan dua orang individu bersama pasar raya tersebut.
Tesco bermula dengan kisah seorang individu, Muhammad Zulhilmi Izuddin yang berasal dari kampung datang ke bandar Kuala Lumpur sehelai sepinggang demi mencari sesuap nasi.
Lelaki yang berumur 24 tahun ini nekad menempuh segala cubaan dan dugaan yang datang semata-mata untuk mengubah nasib keluarga dan tanggapan orang ramai terhadapnya.
Rezeki datang tanpa diduga..Terdapat satu Badan Bukan Kerajaan (NGO) tampil menghulurkan bantuan dan dia terbuka pintu hati untuk bekerja di Tesco sebagai pembantu di bahagian runcit.
Hasil usaha membanting tulang, dia berjaya mendapat anugerah sebagai pekerja terbaik sebanyak dua kali.
Tidak pernah kenal erti penat, dia juga menjual besi buruk di Pasar Karat pada hari cuti.
“Dulu orang anggap saya macam besi buruk tetapi saya tidak kisah kerana besi buruk ada harga”, katanya di penghujung video.
Di samping itu, Tesco turut berkongsi semangat yang ada dalam diri seorang wanita yang berasal daripada Pulau Pinang, Mildred Roseline.
Bermula sebagai seorang jururawat, dia suka dengan pekerjaannya apabila dapat memberi kegembiraan pada wajah pesakit.
Namun hidup tidak selalunya indah.. Di sebalik wajah kegembirannya terdapat memori duka di dalam diri apabila dua orang anaknya meninggal dunia akibat kanser.
Wanita tersebut meneruskan kehidupan dengan bekerja di Tesco sebagai juruwang dengan niat untuk membantu orang ramai.
“Tesco merupakan salah satu tempat yang saya suka datang”, dia percaya dengan senyuman yang diberi mampu menceriakan hari-hari yang kurang indah.
Walaupun dirinya menghadapi masalah, apabila sampai di Tesco segalanya hilang. Dia percaya walaupun umurnya sudah menjangkau 72 tahun, apa yang penting adalah semangat.
Dua posisi mesej yang berbeza dapat dilihat dari sini. Tesco telah mengubah kehidupan seseorang daripada tidak mempunyai pekerjaan sehinggalah dapat menjadi manusia yang berguna apabila tidak berputus asa.
Tesco juga telah memberi kegembiraan kepada wanita tersebut serta pelanggan lain yang datang membeli-belah di situ.
Semoga perkongsian Tesco ini dapat memberi inspirasi kepada orang ramai serta mengingatkan tidak selamanya kita di atas. Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan!
#Advertorial #Merdeka
;