Viral

"Dulu Pergi Mana-Mana Harap Duit Suami" - Wanita Ini Bangkit Ubah Nasib Keluarga, Kini Jualan Cecah Juta-Juta!

Amri Hassan
24/07/2022
02:00 MYT
Sponsor Banner
"Dulu Pergi Mana-Mana Harap Duit Suami" - Wanita Ini Bangkit Ubah Nasib Keluarga, Kini Jualan Cecah Juta-Juta!
Kekecewaan dan kekesalan hidup akibat terlalu bergantung kepada suami akhirnya menjentik hati suri rumah bernama Faziana Zakaria untuk keluar dari zon selesa.
Berasal dari Pahang, namun wanita yang menetap di Johor Bahru dan berusia 36 tahun ini, hingga pada satu tahap tersentak rasa apabila nak ke tandas awam dengan bayaran 20 sen pun masih mengharapkan ihsan suami.
Pendek kata, selama 15 tahun berkahwin dengan Nor Fazlizam Rosly yang mencari rezeki sebagai Pengurus Operasi FELDA, ibu kepada dua cahaya mata ini tidak ada wang di tangan.
"Banyak yang buat saya rasa lemah semangat dan kurang motivasi dalam hidup ini. Mungkin terlalu selesa ditanggung suami hingga saya akhirnya terperangkap dengan ego sendiri.
"Bayangkan ke mana-mana pun saya tak pernah bawa dompet sebab tiada sesen pun di tangan. Balik-balik saya harapkan suami untuk buat atau beli itu ini.
"Saya pula jenis yang terbiasa nak membantu orang lain. Tetapi, hujung-hujung tersekat dengan keadaan diri sendiri yang tak berdaya nak menghulurkan sumbangan," kata Faziana membuka cerita.

"Takkan nak harap duit suami?"

Paling kemuncak, Faziana bersarang rasa sedih dan kecewa apabila tidak dapat membantu ibu bapanya sendiri yang memerlukan anggaran RM10,000 untuk proses pengubahsuaian rumah mereka.
"Saya nak minta duit dekat suami untuk bantu jelaskan bayaran pengubahsuaian itu terbit rasa bersalah. Takkan asyik-asyik semua nak harap duit suami.
"Gaji dan duit simpanan suami pun berapalah sangat. Tambahan pula, ibu dan bapa mentua saya pun lebih memerlukan wang untuk merawat masalah buah pinggang dan rawatan susulan seperti dialisis.
"Jadi saya tak boleh mementingkan diri sendiri apabila terhimpit dengan dilema sebegitu. Kalau fikir kita susah atau ada masalah, sebenarnya ada lagi yang lebih bergelut," katanya.

Kerja dari rumah, anak ekzema

Lama-kelamaan Faziana mula berfikir sesuatu dan mahu mencabar diri supaya tidak terus berada di zon selesa dengan tiket bergelar suri rumah.
Sedar dirinya tidak pandai dalam bidang akademik dan hanya belajar separuh jalan dalam diploma kejuruteraan awam, Faziana enggan menyerah.
"Kejayaan suami sendiri meneruskan tanggungjawab di tempat kerjanya pun mula menyuntik dan membakar semangat. Saya kalau boleh nak juga cari duit kurangkan beban suami.
"Sesuatu yang tak pernah saya terlintas akan melangkau jauh keluar dari kepompong suri rumah. Saya cuba cari peluang hanya bekerja dari rumah dan dalam masa sama masih sempat menguruskan anak dan hal rumah tangga.
"Kemuncak kepada niat saya nak cari duit sendiri tercetus pada tahun 2017 apabila mencuba nasib dengan menggunakan produk keluaran Nurraysa untuk mencari solusi kepada masalah ekzema anak saya," katanya.
Kesan penggunaan produk berkenaan akhirnya membuka lembaran baharu untuk Faziana 'menggali' kerja dalam bidang kosmetik.
"Dari suri rumah, saya akhirnya minat berbisnes. Manfaat dan khasiat produk Nurraysa yang berkonsep mesra wuduk juga buat saya mahu memanjangkannya kepada lebih ramai orang lagi.
"Saya cabar diri jadi ejen jenama itu dan sesuatu yang mengejutkan saya berjaya capai RM10,000 selepas sebulan berjinak-jinak berniaga.
"Selama ini saya tak ada sesen dalam tangan, tapi akhirnya kuasa dan pintu rezeki membolehkan saya hidup senang," katanya.

Ubah nasib, boleh melancong

Faziana mengakui kehidupannnya berubah 360 darjah dengan izin Tuhan.
"Duit bulanan untuk ibu bapa yang selama ini saya mengharapkan ihsan suami pun akhirnya dapat diserahkan sendiri. Saya berjaya hulurkan wang bulanan kepada mereka setiap bulan.
"Dengan limpahan rezeki yang diterima, saya berjaya mengubah suai rumah sendiri. Saya mampu kumpul duit deposit rumah kedua bersama suami.
"Malah, saya mampu melancong dalam dan luar negara hasil duit berniaga. Tak ketinggalan, saya bangga memiliki kereta pertama sendiri dengan menggunakan slip gaji berniaga," katanya.

Jualan juta-juta

Hasil dedikasi dan ketekunan Faziana memanfaatkan bisnes bersama jenama itu juga berjaya membuatkan dia memperoleh jumlah jualan terkumpul sebanyak RM1,366,166.60 sehingga Jun lalu.
"Saya bersyukur pilihan bersama jenama ini dan dibantu bimbingan pengasasnya, Nur Aini Zolkepeli yang tak lokek mengajar dan berkongsi ilmu, memberikan kenikmatan dan kebahagiaan tidak terungkap.
"Platform berbisnes secara jemaah ditawarkan pengasas yang bersemangat membimbing pasukan Nurraysa setiap hari 24 jam tanpa henti juga menjadi galakan dan inspirasi.
"Ilmu dikongsi pengasas itu akhirnya dicurahkan saya kepada pasukan dan bantu sesama sendiri. Bagi yang mahu ikut jejak saya boleh ikuti pautan www.nurraysa.com," katanya.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar