Hiburan

"Dulu Waktu Bujang Cepat Je Ada Yang Melamar, Tapi Bila Dah Kahwin..." - Syakirin Husnal

Asraf Aided
26/09/2018
13:27 MYT
Sponsor Banner
"Dulu Waktu Bujang Cepat Je Ada Yang Melamar, Tapi Bila Dah Kahwin..." - Syakirin Husnal
Menerusi entri di Instagram, pengacara Syakirin Husnal berkongsi pengalaman dirinya menempuhi fasa selepas perkahwinan.
Menurut Syakirin, ramai yang bertanya tentang perancangan untuk mendapatkan zuriat namun dia memilih untuk terus bersabar dan berfikiran positif.
"Dulu waktu bujang belum sempat 'dibawangkan' oleh mereka yang suka bertanya tentang perkahwinan, sudah ada yang melamar.
"Tapi apabila sudah kahwin, ramai pula yang bertanya bila saya mahu mempunyai cahaya mata, nasib baiklah saya jenis yang tak cepat terasa hati.
"Adalah segelintir pihak yang suka melontarkan kata-kata negatif mengenai perkara ini, namun saya memilih untuk bersabar dan terus bersikap positif dengan mendoakan yang baik-baik," tulisnya.
I consider myself lucky ? Dulu waktu bujang, sebelum sempat dibawangkan oleh persatuan acik-acik “bila nak kahwin?” , dah ada orang melamar .. agitewwww ?? Sampaikan ada kawan-kawan yg tanya sisthur “eh you biar betul nak kahwin? Bila you ada masa dating? ?” Bercinta selepas nikah konsepnya ecececcecececece ? . . Tapiiii bila dah kahwin pulak, aduyaiii bertalu-talu orang tanya “bila nak ada anak?” ? Nasib baik sisthur tak cepat sentap. Yelah, kekadang orang tanya ni sebagai conversation starter je. Tak semua orang pandai nak buka topik sembang. Jadi paling senang waktu tu, soal pasal anak jelah. . . Adalah jugak beberapa ketul puaka tebing biru yang mulut lahar bila cakap bab anak ni. Tapi spesies camni biasanya sisthur senyap, dan jauhkan diri terus. Sila mereput kaedahnya. . . Selama bertahun-tahun sisthur lebih suka fokus pada kawan-kawan yg positif dan ikhlas. Memang kawan-kawan kat office tu, sokmo sisthur suruh dorang doakan sisthur dapat anak. (Tq korang!) Tak payah dorang tanya, sisthur sendiri yang “bestnya ada baby, doakan aku cepat sekarang”. Makanya memasing pon kenalah meng-amin-kan doa itu ?? Kawan-kawan yg pergi umrah semua sisthur kirim doakan zuriat. Kawan-kawan yang pregnant semua sisthur mohon doakan sisthur jugak. . . Sudahnya satu hari tu, bila betul sisthur pregnant, semua orang pon tumpang happy, sebab akhirnya doa kami selama ini akhirnya dimakbulkan. Like yeaayyyyy Alhamdulillah finally ??????????? Thanks to my friends and family. You know who you are ???? . . So sisthur rasa trick ini berjaya. Selain mengelakkan rasa sakit hati sendiri asyik nak terasa je dengan orang, kita ajar diri kita menghargai orang-orang yg baik di sekeliling kita. Sambil itu, kita menggalakkan budaya doa yang baik-baik. . . Jadi boleh lah kot sisthur gunakan teknik ini lagi nak mintak orang doakan adik untuk Vea pulak. Ehhh tiber ?! Sabar chuols. Bukan sekarang. Nantilah tahun tahun depan pulak. Pantang pon tak habis lagi ni hihihihi. ??? . . Ni gambar throwback ye. #korangjgnmacammacam
A post shared by Syakirin Husnal 샤키린 (@syakirinhusnal) on
Pada masa yang sama, Syakirin turut memberi 'hint' seperti mahukan cahaya mata yang kedua di penghujung kapsyennya itu.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar