Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Dunia Bollywood Berduka, 'Tragedy King' Dilip Kumar Meninggal Dunia

Asraf Aided 07/07/2021 | 11:15 MYT
Aktor legenda Bollywood, Dilip Kumar menghembuskan nafas terakhir pada usia 98 tahun pagi tadi setelah mengalami masalah kesihatan yang lama.
Berita duka itu diumumkan oleh rakan beliau, Faisal Faisalqui menerusi akaun Twitter milik pelakon berkenaan.
"Dengan hati yang berat dan perasaan dukacita, saya mengumumkan kematian ,rakan kesayangan Dilip Saab beberapa minit lalu (ketika kemaskini dibuat).
"Dari Tuhan kita datang, kepada-Nya jugalah kita kembali," tulisnya.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pemergian pelakon yang turut dikenali dengan jolokan 'Raja Tragedi' itu juga disahkan oleh doktor yang merawat.
Beliau dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU), Hospital Hinduja pada Selasa.
Terdahulu, Dilip atau nama sebenarnya Muhammed Yusuf Khan telah mengalami sakit yang berpanjangan dan sering keluar masuk hospital.
Bagaimanapun, punca kematian beliau masih belum diumumkan.
Sepanjang hayatnya, beliau pernah berlakon hampir 60 buah filem dan menceburi bidang lakonan di India selama lebih 50 tahun.
Pemergian itu amat dirasai oleh rata-rata penggiat seni Bollywood yang turut berduka.
Antara selebriti yang hadir ke kediaman beliau untuk memberikan penghormatan terakhir adalah Shah Rukh Khan, Anil Kapoor, Ranbir Kapoor, pengarah terkenal Karan Johar dan ramai lagi.
Tidak kurang juga selebriti terkenal yang berkongsi rasa duka di media sosial antaranya Amitabh Bachchan, Karisma Kapoor dan Lata Mangeshkar.

A post shared by Amitabh Bachchan (@amitabhbachchan)

A post shared by Karisma Kapoor (@therealkarismakapoor)

Foto: India Today
#Meninggal Dunia #Dilip Kumar #Tragedy King
;