Hiburan

Dunia Fantasi Stacy Anam Dalam Muzik Video Khayal

Asraf Aided
25/07/2019
08:29 MYT
Sponsor Banner
Dunia Fantasi Stacy Anam Dalam Muzik Video Khayal
Kemunculan single terbaru yang berjudul Khayal nyanyian Stacy Anam pada 12 Julai lalu berjaya menggegarkan industri muzik tempatan.
Single tersebut juga tersenarai dalam Top 5 lagu terlaris di iTunes Malaysia dalam tempoh kurang satu jam berada di platform digital terbabit.
Kini, bagi memenuhi permintaan peminat, Nova Music telah melancarkan muzik video rasmi Khayal bermula jam 3 petang hari ini di saluran YouTube Nova Music Videos.
Muzik video tersebut diarah oleh pengarah berbakat Hasif Hamid yang cuba menggambarkan Stacy berada di dunia fantasi seperti yang digambarkan menerusi lirik single itu.
"Secara ringkasnya, muzik video ini adalah bayangan imaginasi saya berada di dalam dunia fantasi.
"Idea asalnya datang dari hasil perbincangan saya bersama pengarah. Untuk muzik video ini.
"Kami mengekalkan 'look and feel' yang digunakan untuk 'cover art' single tersebut," ujar Stacy.
Berbeza dengan muzik video lagu-lagunya sebelum ini, kali ini Stacy lebih memberi penekanan kepada elemen tarian.
“Untuk muzik video Khayal ini, saya belanja peminat dengan lebih elemen tarian, ia mampu memberikan ‘mood’ kepada penonton di setiap ‘musical progression’ lagu ini.
"Tambahan pula, lagu Khayal ini sendiri mempunyai dua jenis ‘feel’ dan ‘character’ yang berbeza iaitu ‘Dark’ dan ‘ Feminin’, saya cuba sampaikan konsep gabungan unsur ini melalui visual tarian berdasarkan ‘mood’ lagu Khayal itu sendiri.
"Untuk mendapatkan gerak tari yang mampu menggambarkan gabungan dua unsur itu, saya menggunakan khidmat dua orang koreografer iaitu Wadi dan Faruq yang masing-masing mempunyai ‘signature style’ tersendiri,” jelas Stacy.
Dia turut menyifatkan muzik video single terbarunya itu tidak menekankan kepada jalan cerita, tetapi lebih kepada sajian visual yang menggambarkan jiwa dan rasa di sebalik muzik dan lirik lagu.
Khayal merupakan single pertama terbitan Stacy sendiri menerusi syarikat Rhythm & Rhyme Entertainment (RnR) miliknya dan suami Akim Ahmad dengan kerjasama Nova Music Malaysia selaku rakan usahasama dan pengedar.
Single ini boleh didapati di semua pelantar muzik digital seperti Spotify, Apple Music, Joox, KK Box, Deezer dan iTunes bermula 12 Julai 2019, manakala muzik video rasminya boleh mula ditonton di saluran YouTube Nova Music Malaysia bermula jam 3 petang hari ini.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar