Berita

“Dup Dap Dup Dap Standby…”- Rosma Bakal Melahirkan Anak Ketiga Tidak Lama Lagi

Syafiqah Jalal
11/04/2019
03:51 MYT
Sponsor Banner
“Dup Dap Dup Dap Standby…”- Rosma Bakal Melahirkan Anak Ketiga Tidak Lama Lagi
Penyanyi dan juga bekas peserta AF Megastar pertama, Rosma bakal melahirkan anak ketiga pada bila-bila masa.
Berita itu dikongsikan sendiri oleh suaminya, Khai AF (bekas bintang Akademi Fantasia 1) di akaun Instagram miliknya.
Khai berharap moga urusan isterinya melahirkan anak mereka dipermudahkan.
“Dup Dap Dup Dap Standby...
“Semoga dipermudahkan... InsyaAllah... Amin...” tulisnya.
Menerusi entri terbaharu, Khai memberitahu bukaan sudah 6cm dan dia akui sangat gementar.
"Doakan rosma ye semua... semoga dipermudahkan... contraction dh kerap & dh buka 6-7cm dh ni. Aku yg nebes nih, anak ketiga lagi nebes lak..." katanya lagi.
Menerusi perkongsian itu, Khai memuat naik videonya yang kini berada di dewan bersalin.
Rata-rata peminatnya turut mendoakan agar proses bersalin Rosma selamat dan dipermudahkan.
Khai mendirikan rumah tangga dengan Rosma yang juga teman seangkatannya ketika menyertai Akademi Fantasia musim pertama pada 2008.
Perkahwinan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad Amzar Danish, 9, dan Nur Amani Damia Mohd, 4.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar