Hiburan

Ebby Yus Terharu Diberi Peluang Urus Restoran Ajak- “Saya Ingat Ia Satu Gurauan”

Ernalisa
29/12/2024
11:55 MYT
Sponsor Banner
Ebby Yus Terharu Diberi Peluang Urus Restoran Ajak- “Saya Ingat Ia Satu Gurauan”
Pelawak, Ebby Yus akui tidak sabar untuk memulakan kerja di restoran milik rakan selebriti, Ajak Shiro selepas sekian lama berehat akibat sakit yang dihadapinya.
Menurut Ebby, peluang dan rezeki tidak datang bergolek dan dia akan cuba menjalankan tanggungjawab yang telah diberikan kepadanya sebaik mungkin.

BERITA BERKAITAN: Ebby Yus Tolak Tawaran Tiga Penderma Buah Pinggang - "Saya Tak Sampai Hati..."

BERITA BERKAITAN: Ratu Cantik Jepun, Yuumi Kato Ziarah Ebby Yus

Bagaimanapun kata Ebby atau nama sebenarnya Muhammad Yunus Abdul Rashid,59 memberitahu, dia rasa sangat beruntung kerana Ajak banyak memberi kelonggaran kepadanya.
"Untungnya saya, Ajak beritahu boleh datang ikut masa saya dan berapa jam saya nak jaga kedai pun dia tak kisah.
"Tetapi kita pula jadi tak sedap, jadi saya pun ada rasa tanggungjawab dan akan ambil peluang ini sebagai amanah. Kalau tanya saya, hari-hari saya nak pergi kedai.

"Disebabkan keadaan kesihatan, saya akan cuba mana yang mampu," katanya kepada Gempak.

Pada masa sama, Ebby juga menyatakan bahawa dia akan cuba menyesuaikan diri untuk menguruskan restoran itu memandangkan dia perlu melakukan rawatan dialisis di rumah.
Bersyukur dengan rezeki yang datang, Ebby akui tidak menyangka bahawa Ajak sememangnya bersungguh-sungguh untuk memberinya pekerjaan.
"Saya bukan sahaja terharu, tetapi saya bersyukur kerana dikurniakan sahabat yang hebat-hebat daripada dahulu sampai sekarang. Ajak ini saya kenal dia memang lama dan dia memang baik dan saya kenal dia waktu Astro buat Maharaja Lawak lagi.

"Apabila Ajak dapat tahu saya sakit, Ajak ada datang ziarah di rumah dan dia ada cakap nak minta tolong saya jaga kedai dia. Tapi saya ingatkan itu cuma gurauan. Sampailah dia berjaya bawa saya keluar buat kejutan di kedai baharu miliknya itu," katanya.

Terdahulu, Ajak dilaporkan berbesar hati membantu Ebby dengan mengambilnya untuk menguruskan cawangan kedua kedai makan miliknya serta memberi keuntungan kepada Ebby Yus atas dasar persahabatan terjalin sejak dulu.
Dalam perkongsian di laman sosial Instagram miliknya, dia telah membuat kejutan untuk menghadiahkan cawangan kedua tersebut buat Ebby yang dikatakan bakal dibuka pada esok.
Ajak memberitahu, dia juga menyerahkan gaji dan keuntungan kepada rakan baiknya dan keputusan itu diambil kerana mahu membantu meringankan beban Ebby Yus yang kini derita pelbagai penyakit kronik.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024