Laman Utama

Ebit Lew Bantu Ahli Keluarga Mangsa Tragedi Kapal Selam Nanggala-402 Yang Susah, “Sebak Bila Video Call Mereka”

Azwa Rahman
30/04/2021
07:13 MYT
Sponsor Banner
Ebit Lew Bantu Ahli Keluarga Mangsa Tragedi Kapal Selam Nanggala-402 Yang Susah, “Sebak Bila Video Call Mereka”
Pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew tampil meringankan beban ahli keluarga mangsa tragedi kapal selam KRI Nanggala-402 yang disahkan telah meninggal dunia selepas tenggelam ke dasar laut.
Menerusi laman sosial Instagram, Ebit berkongsi sedutan panggilan video bersama sebahagian ahli keluarga mangsa untuk tatapan umum.
“Sebak sayu bila dapat video call ahli keluarga tragedi KRI Nanggala-402. Selalu berdoa Allah bantu dan beri kekuatan buat mereka dan ahli keluarga,” jelasnya di ruangan kapsyen.
Tambah Ebit, selain beri kata-kata semangat dan doa, dia turut menyerahkan sejumlah wang tunai buat ahli keluarga yang mengalami kesusahan.
“Saya niat nak beri kata semangat doa dan hadiahkan saguhati duit untuk lima sekeluarga yang susah mangsa tragedi Nanggala 402. Bila call terasa seperti sebuah keluarga je.
“Semoga Allah beri ketabahan buat semua ahli keluarga dan orang terdekat buat mangsa KRI Nanggala 402. Allah beri keampunan dan rahmat buat semua. Semoga menjadi asbab kebaikan,” tulisnya lagi.
Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya daripada Indonesia yang terharu melihat usaha Ebit menghulurkan bantuan sehingga ke negara jiran.
Masyallah ustad, semoga segala kebaikan kembali ke keluarga ustad dan dilimpahi lagi rezeki,” komen seorang wargamaya.
Allahuakbar, terima kasih ustaz,” kata seorang wargamaya.
Semoga Allah permudahkan segala urusan ustaz dan semua orang. Terima kasih ustaz sentiasa memberi inspirasi untuk saya berubah jadi lebih baik,” tulis seorang wargamaya.
Selamanya kita bersaudara, salam serumpun,” ujar seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, video tersebut telah menerima hampir 500,000 tontonan daripada pengikutnya.
Sekadar info, kapal selam Nanggala-402 dilaporkan terputus hubungan di perairan Bali pada 21 April lalu dengan jangkaan kemungkinan terkandas di lokasi jurang di kedalaman 700 meter.
Pada 25 April, Panglima Tentera Nasional Indonesia (TNI) Hadi Tjahjanto mengumumkan semua 53 kru kapal selam itu terkorban.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar