Laman Utama
Efek Glitter Tambah Seri Di Pagi Raya, Tiru Solekan Elfira Loy Ini & Rahsia Giginya Semakin Putih
Solekan menjadi penambah seri apabila kita menziarahi keluarga terdekat dan berkunjung ke rumah teman. Nak tahu solekan apa yang sempurna untuk digayakan pada lebaran ini, pelakon Elfira Loy sedia berkongsi tata rias yang menjadi pilihannya setiap kali Syawal menjelma.
Ditemani si comel anak lelakinya, Muhammad Rayyan Khalaf, Elfira sangat mementingkan penggunaan bronzer supaya wajah kelihatan runcing.
Bagi anda yang memiliki kening tebal seperti Elfira, penting untuk anda merapikannya dengan menyikat ke arah atas dan jangan lupa meletakkan concealer bagi menutup bulu kening yang halus.
Memilih untuk tampil elegan di pagi raya, Elfira mengenakan pembayang mata coklat sambil dilatari warna yang sedikit gelap bagi memberikan ilusi galak pada mata. Glitter juga memainkan peranan penting untuk memberikan gaya glamor dan vogue di pagi raya.
Selain tips solekan di pagi raya, Elfira tidak lokek untuk berkongsi rahsia giginya menjadi semakin putih berseri.
Pelbagai hidangan enak di pagi raya boleh menjadi penyebab gigi anda kuning. Sebab itulah Elfira memberus gigi menggunakan Colgate Optic White O2.
Dengan kuasa oksigen aktif terbaharu, ia menyerap pantas ke dalam gigi, membersihkan segala kotoran halus dan menjadikan gigi anda semakin putih dalam masa 3 hari sahaja.
Lembut pada enamel gigi, barulah lebaran kali ini berbeza dengan tahun-tahun terdahulu. Gigi semakin putih, senyuman semakin berseri, barulah penampilan juga semakin menyerlah. Raikan kemeriahan lebaran dengan #SmileOutLoud!
Untuk menonton video penuh tutorial solekan Elfira dan gelagat comel Rayyan patahkan lipstik ibunya, tekan di sini.