Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

“Eh Sama, Masa PLKN Dulu Cikgu Suruh Guna Tisu Lepas Tu…” - Isu Periksa Haid Pelajar Cetus Petikaian, Ramai Kongsi Masalah Sama!

Hanafis Haris 22/04/2021 | 23:20 MYT
Kisah sesetengah sekolah yang memaksa pelajar perempuan membuktikan yang mereka datang ‘bulan’ atau haid yang dipaparkan di Gempak semalam mencetuskan pelbagai reaksi dan pandangan.

Namun, apa yang mengejutkan ada segelintir pembaca turut mengambil peluang untuk berkongsi kisah dan pengalaman yang sama.

Menurut salah seorang pembaca, dia dulu pernah berdepan masalah tersebut hingga ada cikgu yang sanggup menunggu di pintu depan tandas.

“Siapa yang datang bulan tapi tak dapat tunjuk pad, guna tisu tunjuk bukti.

“Bukan apa ramai sangat yang datang bulan dan muka sama je setiap kali tiba waktu solat,” tulisnya.

Seorang lagi pengguna turut berkongsi kisah ketika di menjalani Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

Menurutnya, dia disuruh mencalit darah menggunakan tisu selepas memberi alasan tidak dapat mengerjakan solat.

“Eh sama dulu, masa kat PLKN macam tu juga, Bagitahu cikgu tak dapat solat, dia bagi tisu suruh calit darah tunjuk dekat dia,” tulisnya.

Untuk makluman, isu berkaitan paksaan pelajar membuktikan mereka sudah datang haid ini tular apabila ada beberapa invdividu meminta pandangan daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Wanita tersebut mahukan penjelasan mengenai isu sesetengah sekolah yang memaksa pelajar perempuan membuktikan yang mereka datang ‘bulan’ atau haid.

Menurutnya, ada sekolah yang didakwa tergamak mencalit kemaluan pelajar dan darah itu kemudian ditunjukkan kepada pengawas atau guru.

BACA : “Tidak Wajar & Memalukan!” - Isu Pelajar Dipaksa Calit Kemaluan, Ini Jawapan Respon Mufti!

#Viral #sekolah #Pelajar #Haid #CalitDarah
;