Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Ejen Insurans Kongsi Kisah Caruman Takaful Fattah Amin - “Ubah Penama Hibah Pada Ibu, Agih Pada Fatimah Jika...”

Umirah Halim 15/11/2024 | 07:25 MYT

Seorang perancang kewangan iaitu Syafique Zainuddin tampil berkongsi mengenai kisah caruman takaful pelakon Fattah Amin.

Menurut Syafique banyak perkara telah dipelajari dalam industri yang diceburi termasuk mengikut perjalanan hidup kliennya.

Fattah buat caruman

Kongsi Syafique, Fattah Amin tidak pernah putus membuat caruman takaful untuk ibu bapanya sejak tahun 2015 lagi.

“Alhamdulillah sejak 2015 jaga Takaful @fattahaminz dan keluarga. Dia tak pernah putus buat caruman takaful ibu bapa dia dari dulu lagi walau macam mana keadaan dia pun. Dalam industri ni kita grow dengan client. Macam-macam perkara dan pelajaran yg dapat untuk always reflect back,” ujarnya.

Tambah Syafique, Fattah juga sudah membuat perubahan pada penama hibah iaitu kepada ibunya.

“Hari ini selesaikan beberapa urusan untuk ubah penama hibah takaful Fattah kepada ibunya. Pemegang amanah untuk agihkan pada Fatima kalau apa-apa berlaku pada Fattah. Kita merancang tapi Allah maha merancang. Semoga terus sukses sahabat,” tambahnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN:Usai Keputusan Mahkamah Hak Penjagaan, Fattah Amin Kongsi Video Luang Masa Bersama Anak - “Daddy Tak Kisah Dukung Fatima Selalu Walaupun…”

ARTIKEL BERKAITAN: “Bukan Nak Riyak Tapi…” - Fazura Akui Lebih Tenang Selepas Sebulan Bercerai Dengan Fattah Amin

ARTIKEL BERKAITAN: Laris Teruk! Baju Merchandise Fattah Amin ‘Sold Out’ Dalam Masa Dua Minit

Terdahulu, Fattah Amin dan bekas isterinya Nur Fazura sah bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada 7 Oktober lalu.

Pada 13 September, Fazura memfailkan cerai terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

Kemudian, Fattah bersetuju memberikan hak penjagaan anaknya kepada Fazura. Peguam yang mewakili Fattah iaitu Puan Syamimi Ab Rahman berkata, keputusan itu dibuat selepas kedua-dua belah pihak bersetuju dengan terma yang telah ditetapkan.

#Fattah Amin #Ibu #Insurans #Hibah #Ejen #penama
;