Laman Utama

El Rumi 70 Peratus Bangga Ayahnya, Ahmad Dhani Masuk Penjara?

Maliah Surip
01/08/2022
01:55 MYT
Sponsor Banner
El Rumi 70 Peratus Bangga Ayahnya, Ahmad Dhani Masuk Penjara?
Khabar pelaku seni Indonesia, Ahmad Dhani masuk penjara bukan sesuatu yang asing.
Meski peristiwa tersebut telah berlaku pada tahun 2018, ia masih sering menjadi percakapan dalam kalangan masyarakat.
Terkini, salah seorang anak lelaki hasil perkahwinan Dhani dengan mantan isteri, Maia Estianty, El Rumi, memberi pandangan peribadi mengenai kes penangkapan ayahnya sehingga perlu disumbat di penjara.
El Rumi secara terus terang mengaku dirinya bangga apabila pengasas kumpulan Dewa 19 tersebut masuk penjara.
Hal itu kata El Rumi kerana kesalahan yang dilakukan sang ayah bukan sebuah jenayah besar, melainkan hanya kerana Dhani telah meninggalkan beberapa buah fikiran bersifat provokatif yang dinilai membawa kepada kebencian masyarakat kepada negara melalui akaun media sosialnya.
Dia malah memberi peratus dengan mengatakan, 70 peratus bangga manakala baki 30 peratus lagi sedih selepas Dhani dipenjarakan selama setahun.
"30 persen sedih kerana ditinggalkan. Cuma 70 peratus lagi bangga kerana ini bukan kes biasa.
“Ini lebih kepada kes politik dan pada pandangan saya, kalau bukan ayah, pasti tidak akan terjadi sehingga begini (penjara). Tapi sebab yang melakukannya itu ayah (Ahmad Dhani”, luah El Rumi seperti dilaporkan Kompas yang memetik temubual dari saluran YouTube Eventori.id.
Menurutnya lagi, dia bangga kerana terselit agenda politik dalam kes ayahnya, apa lagi saat itu Indonesia menuju fasa pilihan raya.
Namun, di sisi lain dia sedih kerana tidak bertemu dengan sang ayah selama satu tahun.
“Jadi sebab waktu itu juga waktu menuju Pilpres (Pemilihan Presidena) ya jadi ini ada agenda politik yang terstruktur.
“Saya tak malu, tapi sedih. Sedih sebab setahun tak dapat jumpa ayah. Bukan malu, tapi bangga ya,” ulangnya lagi.
Kata El Rumi lagi apa yang tidak membuatkan dirinya malu dengan kes masuk penjara Ahmad Dhani yang akan melakukan konsert bersama Dewa 19 selama dua hari di Malaysia pada September depan adalah ia tidak membabitkan kes seperti jenayah seksual atau rasuah.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar