Laman Utama
Elcah Kesal, Terima Komen Lucah Netizen Berstatus Bapa & Suami - “Jijik, Paling Sedih Yang Depan Gambar Bini Dengan Anak”
Personaliti media sosial iaitu Elcah meluahkan rasa kesal dengan sikap segelintir kaum lelaki yang memberikan komen negatif berbaur lucah hanya kerana bergelar janda sebanyak dua kali.
Menurut Elcah, paling menjijikan apabila komen tersebut diberikan oleh lelaki berstatus bapa dan suami, malah ada juga yang meletakkan gambar profile bersama anak.
“Bila dah jadi janda dua kali bukan mudah untuk hadap tohmahan orang. Apa yang Allah dah tetapkan itulah jalan terbaik.
“Cukup cukuplah yang lelaki lelaki komen ‘dah dapat rasa tak sedap tinggal’, ‘tak perform atas katil’, ‘barang tak padu’.
“Elcah cukup cukup jijik dengan komen macam ni, yang paling menyedihkan bila suami orang, bapa orang yang depan gambar dengan bini dengan anak-anak boleh komen berbaur lucah.
“Elcah doakan semoga apa yang Elcah hadapi, Allah jauhkan kesengsaraan kepada korang semua,” dedahnya menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram.
Dalam pada itu, di ruangan komen rata-rata pengikutnya mengecam perbuatan tidak bermoral seperti itu.
“Yang bapak-bapak orang seronok sangat melucah dekat komen tu ingat sikit, kalau tak ada anak perempuan sekalipun, satu hari korang akan dapat menantu perempuan, cucu perempuan. Kifarah is real, jangan menabur angin bila tak ingin menuai badai,” tulis seorang netizen.
“Lelaki yang komen bukan-bukan tu otak diorang tak berfungsi. Sedap-sedap mengata orang. Kalau kena dekat anak cucu cicit diorang baru tahu. Semoga Elcah tabah,” coret seorang lagi netizen.
“Perati je yang jenis komen-komen lucah macam ni, profile siap ada anak bini. Kesian doh anak isteri tanggung malu sebab komen-komen lucah macam ni,” tulis netizen.
BACA: [VIDEO] “Kau Tahu Apa Yang Kau Buat Dengan Perempuan Tu”- Instafamous Dedah Dicerai Lepas 8 Hari Kahwin
Terdahulu, Elcah sebelum pernah telah mendirikan rumah tangga namun jodoh mereka tidak panjang.
Kisan penceraian Elcah bagi perkahwinan pertamanya juga menjadi tular apabila bekas suaminya membuat keputusan untuk bercerai selepas tujuh tahun melayari bahtera perkahwinan.
Elcah kemudiannya mendirikan rumah tangga buat kali kedua pada 3 mac lalu.