Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Elizabeth Olsen Gayakan Dres Rekaan Kakak Kembar Sendiri Antara Puluhan Fesyen Yang Menonjol Pada Anugerah Emmy 2021

Izwan Isa 20/09/2021 | 13:55 MYT
Pelakon Wandavision, Elizabeth Olsen tampil anggun menggayakan dres longgar berona putih sewaktu menghadiri majlis anugerah Emmy 2021 yang berlangsung di Microsoft Theater, Los Angeles, California, Amerika Syarikat pada Ahad.
Menariknya, Elizabeth menggayakan dres rekaan kakak kembarnya, Mary-Kate dan Ashley Olsen.
Elizabeth melengkapkan gayanya pada malam itu dengan mengenakan sepasang anting-anting berjenama Chopard.
Suaminya, Robbie Arnett yang turut serta pada majlis gilang-gemilang itu turut menggayakan sut berona serupa.
Selain Olsen, beberapa selebriti popular juga turut mencuri tumpuan sepanjang Emmy 2021 berlangsung.
Pelakon Michaela Coel yang membawa pulang anugerah Outstanding Writing For A Limited Or Anthology Or Movie menerusi siri I May Destroy You memilih dres kuning rekaan Christopher John Rogers manakala aktres siri The Queen’s Gambit turut memilih rona serupa menerusi persalinan Dior Haute Couture.
Merah merupakan warna wajib yang sering dilihat digayakan oleh selebriti. Kali ini, pelakon Schitt’s Creek iaitu Catherine O’Hara tampil kasual dengan rekaan Cong Tri berwarna merah karang.
Sarah Paulson turut mencuri tumpuan dengan menyarung dres merah kembang rekaan Carolina Herrera.
Rona hitam sering memberikan nuansa elegen kepada si pemakai. Justeru, tidak hairan jika pelakon Minda Kaling dan Rege-Jean Page kelihatan cantik dan segak masing-masing dalam persalinan Carolina Herrera dan Giorgio Armani.
Menerusi acara tahunan itu, drama bersiri The Crown menerima kemenangan tertinggi iaitu sebanyak tujuh anugerah.
Sumber: Vogue, PageSix dan E!
#Drama #Anugerah #Elizabeth Olsen #Emmy 2021
;