Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Elizabeth Tan Kongsi Foto Cium Bibir Bersama Suami, Peminat Kecewa Nak ‘Unfollow’ - “Begitu Syulit Lupakan Lizzy..”

Azwa Rahman 28/09/2022 | 03:25 MYT

Penyanyi Elizabeth Tan mencuri perhatian wargamaya apabila memuat naik foto romantis mencium bibir suaminya, Dr Siew Jim.

Menerusi laman sosial Instagram, Elizabeth atau lebih mesra disapa Lizzy memaklumkan foto tersebut merupakan pasca perkahwinan selepas mendirikan rumah tangga pada Mac 2021.
Post wedding photoshoot dengan @strangephotostudio,” tulis Lizzy di ruangan kapsyen.
Menerusi perkongsian itu lagi, Lizzy mengenakan gaun malam hitam serba seksi sambil merangkul suaminya.
Selain daripada aksi ciuman di bibir, ada beberapa foto lagi yang memperlihatkan aksi Lizzy dan suami diibaratkan seperti poster filem atau drama Korea.

A post shared by Elizabeth Tan (@elizabethtan)

Di ruangan komen pula, ada wargamaya meluahkan rasa kecewa sehingga mengusik mahu ‘unfollow’ Lizzy di media sosial berikutan rasa cemburu melihat aksi cium bibir tersebut.
“Frust i macam ni,” komen seorang wargamaya.
“Harap semua bertenang ya,” usik seorang wargamaya.
“Ramai la lelaki melayu makan hati,” kata seorang wargamaya.
“Done unfollow,” tulis seorang wargamaya.
“Begitu syulit lupakan Lizzy, apa lagi Lizzy cantik,” komen seorang wargamaya.
“Unfollow la macam ni,” ujar seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 37,000 tanda suka daripada pengikutnya.
Imbas kembali, berita mengenai perkahwinan Lizzy, 29, dan Siew Jim, 31, tersebar selepas sekeping foto pasangan itu tular di media sosial.
Lizzy kemudian memaklumkan dia sudah berkahwin di sebuah gereja di Gombak dan hanya dihadiri 10 tetamu di kalangan ahli keluarga dan kenalan rapat.

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!

#Elizabeth Tan #Abang Long Fadil 3 #Lizzy cium suami #Suami Elizabeth Tan
;