Hiburan

Ellie Suriaty Akui Bahagia, Sedang Kenal Hati Budi Seorang Jejaka - “Malu, Itu Pun Saya Tanya Tak Kisah Ke Lebih Tua? Saya 53 Tahun”

Mya Amri
30/08/2024
01:55 MYT
Sponsor Banner
Ellie Suriaty Akui Bahagia, Sedang Kenal Hati Budi Seorang Jejaka - “Malu, Itu Pun Saya Tanya Tak Kisah Ke Lebih Tua? Saya 53 Tahun”
Pelakon, Ellie Suriaty, 53, mengakui dia kini berkawan rapat dan sedang mengenali hati budi seorang jejaka yang dikenalinya sejak setahun lalu.

Sedang kenal hati budi

Menurut Elly, dia selesa berkawan dengan lelaki itu dan menyifatkannya sebagai seorang yang baik serta matang.

“Ya betul, tetapi saya tak boleh nak cerita lebih-lebih, nanti kalau tak jadi malu, jadi simpan sahajalah. Saya pun masih mengenali dia.

“Kita tak akan betul-betul kenal orang jadi saya serahkan kepada Allah S.W.T. Adalah dalam setahun lebih kenal dia. Sekarang saya dalam fasa single tapi not available.
“Pada saya sebab dia orang yang baik, dia suka saya yang matang. Sebenarnya saya malu, rasa macam serius ke dia ni. Dia pula muda pada saya, lewat 30an,” dedahnya.
Elly berkata demikian ketika ditemui selepas pementasan teater Andak Bertandak bertempat di The Kuala Lumpur Performimg Arts Centre (KLPAC) pada Khamis.

Paling utama boleh terima anak-anak

Mengulas lanjut mengenai hubungannya, Elly berkata dia bersyukur kerana jejaka itu tidak kisah dengan statusnya sebagai seorang ibu selain boleh menerima kehadiran anak-anaknya.

“Dia boleh terima anak-anak saya itu paling utama. Kalau dia tak boleh terima anak-anak pada saya tak boleh.

“Bab jodoh, itu semua saya letakkan pada Allah tapi saya tak nak cakap lebih, nanti kalau kita cakap lebih takut tak jadi,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN:Ellie Suriaty Tak Cemburu Bekas Suami Nak Kahwin, Azri Iskandar Terima Hakikat Tak Ada Jodoh Dengan Kekasih Baru

ARTIKEL BERKAITAN:"Tiada Duka Abadi Demi Kehidupan Yang Lebih Membahagiakan" - Coretan Ellie Suriaty Buat Bella Astillah

ARTIKEL BERKAITAN:Masa Untuk Self Love, Ellie Suriaty Enggan Rujuk Azri: “Kahwinlah Lepas Edah Saya 101 Hari”

ARTIKEL BERKAITAN:“Azri Mudah Kahwin Dengan Saya, Cerai Pun Mudah”- Ellie Suriaty Dedah Tak Pernah Minta Seutas Rantai

ARTIKEL BERKAITAN:"Ya, Saya Dah Ceraikan Ellie" - Azri Iskandar

Usia jejaka dikenali lebih muda, serah pada jodoh

Dalam pada itu, Elly berkata dia juga tidak pernah merancang mahupun menyekat kehadiran jodoh kerana ia adalah takdir Allah.

“Seandainya ada jodoh, saya okay sahaja. Tapi kita kena pastikan keluarga dia boleh terima, maksudnya mak ayah, sebab dia bujang.

“Usianya pula 35 tahun ke atas, dia boleh terima anak-anak saya. Untuk saya, saya pernah berkahwin, jadi kita tahu tentang berkeluarga dan bersaudara mara.
“Sama ada pihak dia boleh terima atau tidak itu saya serah pada Allah. Tak ada nak paksa paksa sebab dia anak bujang orang.

“Dia orang baik, alhamdulillah. Saya segan sebenarnya, yang ini pun saya tanya, awak tak kisah ke saya lebih tua daripada awak, saya 53.

“Tetapi dia kata dia suka orang yang lebih matang dan tak suka budak budak,” jelasnya.
Untuk rekod, Azri dan Ellie bercerai pada 17 Mei tahun lalu selepas 19 tahun hidup bersama dan mereka dikurniakan dua anak iaitu Azrell Omar, 19 dan Nur Azreen, 14.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar