Elon Musk Buat Pembedahan Plastik, ‘Tegangkan’ Kulit & Tanam Rambut
Elon Musk menjadi salah seorang individu yang paling kerap mendapat liputan media sejak kebelakangan ini.
Hampir setiap hari media akan melaporkan perkembangan Musk, terutama selepas dia yang pernah menduduki gelaran lelaki terkaya di dunia itu membeli Twitter.
Selain kisah ‘rejimnya’ di organisasi baharu termasuk memecat kakitangan, hal peribadi dirinya juga menjadi bahan berita.
Terbaharu, seorang doktor yang dikenali sebagai Doktor Richard Westreich mendakwa Musk telah melakukan beberapa pembedahan plastik yang agak besar pada sebahagian wajahnya.
“Saya rasa Musk melakukan beberapa pembedahan plastik termasuk menegangkan kulit wajah sekaligus membuang lemak, menanam rambut dan melakukan sesuatu pada matanya,” dakwa Westreich kepada US Sun.
Doktor tersebut juga mendakwa penampilan Musk kini jauh berbeza jika mahu dibandingkan pada awal tahun.
“Berbanding awal tahun ini, dia nampak ganjil dengan ada bahagian wajah yang kelihatan bengkak kesan menjalani pembedahan plastik.
“Namun kini tidak lagi terutama selepas kulit mukanya sudah berjaya ditegangkan,” ujarnya.
Selain itu Westreich juga mengatakan ‘kedudukan’ rambut Musk berubah sebanyak empat kali sepanjang tahun ini.
Pengasas kenderaan elektrik Tesla berusia 51 tahun itu didakwa menghabiskan sekitar AS$60,000 (RM265,500) untuk menegangkan kulit wajah dan beberapa kos lain yang disifatkan sebagai ‘perbelanjaan kecil’ untuk penampilannya.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.