Laman Utama
Elon Musk Dakwa Maksud Nama Unik Anak Ketiga Berkaitan Konsep Matematik
Dunia baru mendapat tahu bahawa Elon Musk mempunyaia tiga orang anak, bukannya dua bersama pasangannya seorang penyanyi, Grimes.
Rahsia tersebut dibongkar menerusi biografi yang ditulis oleh Walter Isaacson yang juga merupakan seorang wartawan.
Menerusi biografi tersebut, Musk dan pemuzik Kanada tersebut telah menamakan anak ketiga mereka sebagai Techno Mechanicus. Musk bagaimanapun memanggil anaknya sebagai Tau.
Selepas nama unik anak ketiganya itu menjadi bualan, Musk menerusi bebenang di X menjelaskan maksud di sebaliknya.
Ketua Pegawai Eksekutif Tesla itu mendakwa Techno Mechanicus berkaitan dengan konsep Matematik.
“Ia berkaitan dengan ukur keliling atau diameter,” katanya seperti dilaporkan media antarabangsa.
Sebelum Techno Mechanicus, dua nama anak Musk bersama Grimes juga menarik perhatian umum.
Mereka adalah X Æ A-Xii dan Exa Dark Sideræl Musk.
Ironi, dengan pengumuman anak rahsianya, Techno Mechanicus, Musk kini memiliki 11 anak daripada tiga wanita berbeza.