Laman Utama
Emily Carey & Milly Aclock Lalui Ujibakat Sebelum Dipilih Sebagai Watak Utama, Jom Baca Temubual Khas Bersama Pelakon House of Dragon
Shahrin Zulkifle
04/09/2022
|
11:00 MYT
Pastinya ramai peminat yang meluahkan rasa teruja apabila siaran HBO telah mengumumkan bahawa prekuel Game of Thrones yang dinanti-nantikan, House of the Dragon, sudah mula disiarkan pada 22 Ogos lalu.
Siri ini akan memaparkan pergolakan takhta di antara House Targaryen, House Hightower dan House Velaryon di Westeros 200 tahun sebelum siri Game of Thrones.
Menariknya lagi, House of the Dragon turut mengumumkan dua watak baharu iaitu Alicent Hightower Muda lakonan Emily Carey,19, dan Puteri Rhaenyra Muda lakonan Milly Alcock,22, dalam siri ini.
Secara ringkasnya, Puteri Rhaenyra Muda ialah anak sulung raja, berdarah Valyrian tulen, dan dia adalah penunggang naga. Ramai yang akan mengatakan bahawa Rhaenyra dilahirkan dengan segala-galanya, tetapi dia tidak dilahirkan sebagai lelaki.
Manakala Alicent Hightower Muda ialah anak perempuan Otto Hightower iaitu Tangan Raja, dan wanita paling cantik di Tujuh Kerajaan. Alicent dibesarkan dalam kemewahan, dekat dengan raja dan dia juga memiliki budi bahasa yang tinggi serta ketajaman politik.
Gempak turut berpeluang menemubual kedua aktres tersebut ketika sesi temubual khas yang berlangsung pada Ogos lalu bersama Emily dan Milly.
Penglibatan Dalam House Of Dragon
Gempak: Mungkin boleh kongsikan bagaimana permulaan penglibatan anda berdua dalam siri House of Dragon?
Emily: Sebenarnya sebelum saya ditawarkan untuk memegang watak Puteri Rhaenyra Muda, saya telah melalui sesi ujibakat terlebih dahulu yang dianjurkan oleh pihak produksi House Of Dragon.
Sewaktu ujibakat berlangsung, saya lihat ramai aktress yang turut mengambil bahagian untuk watak tersebut dan saya sangat bersyukur kerana saya terpilih.
Milly: Saya juga telah melalui sesi ujibakat sama seperti Emily, watak saya ialah Elicent Hightower Muda di dalam House Of Dragon. Sesungguhnya itu bukanlah satu watak yang mudah untuk dibawa, namun dengan kepercayaan pengarah, saya pasti dia tahu di mana kemampuan saya dalam watak tersebut.
Mecari Keserasian Bersama Barisan Pelakon
Gempak: Bagaimana Milly melihat keserasian bersama pelakon lain, adakah ianya satu perkara yang sukar untuk dibina keserasian antara mereka?
Milly: Pada awalnya memang tidak dinafikan untuk mendapatkan keserasian bersama pelakon lain agak sukar, namun dengan sikap profesional yang ada pada semua pelakon, keseraian itu lahir dengan sendiri.
Apabila keserasian itu sudah ada, segalanya menjadi mudah dan kami sangat selesa seperti sebuah keluarga. Saya ingin berterima kasih juga kepada Tuhan kerana memudahkan urusan kami di set penggambaran, tiada berlaku sebarang masalah atau tragedi buruk terutamanya kepada kami barisan pelakon.
Membawakan Watak Elicent Hightower Muda
Gempak: Mungkin secara peribadi, anda boleh kongsikan perasaan membawakan watak Elicent Hightower Muda dalam House of Dragon.
Emily: Secara peribadinya, saya amat mengkagumi watak Elicent Hightower Muda kerana keberanian yang ada pada watak tersebut. Mungkin akan ada yang kata saya bias kerana memuji watak yang saya lakonkan sendiri, tetapi itulah kenyataan sebenar.
Elicent Hightower Muda merupakan seorang wanita yang berani dan kuat, dia sama sekali tidak pernah takut dengan musuhnya, sikapnya yang berani untuk mempertahakan kerajaannya ketika di medan perang itu sudah cukup membuktikan keberanian watak itu, malah saya menjadikan Elicent Hightower Muda sebagai role model.
Nilai Persahabatan Dalam House of Dragon
Gempak: Siri House of Dragon sangat penuh dengan aksi, perubatan kuasa, cinta dan hubungan persahaabatan diantara dua orang. Pada perspektif peribadi Milly apa nilai yang penonton bakal pelajari menerusi siri House of Dragon?
Milly: Saya tidak akan membocorkan sebarang pengajaran yang tepat kerana penonton perlu menyaksikan siri ini sendiri sepenuhnya, tetapi apa yang saya boleh kongsikan disini satu nilai yang boleh kita peroleh ialah nilai persabahatan.
Princess Rhaenyra Muda dan Elicent Hightower Muda merupakan sahabat baik sewaktu mereka dizaman kanak-kanak. Mereka sangat menyanyangi antara satu sama lain.
Tetapi jika melihat kepada traliernya, watak Princess Rhaenyra Muda dan Elicent Hightower Muda seperti ada konflik yang berlaku, malah mereka berdua sering bertelingkah antara satu sama lain sehingga mencetuskan pergaduhan yang memberi kesan buruk kepada rakyat. Tetapi kita tidak tahu penghujung siri ini sehingga anda sendiri perlu menontonnya.
Kostum Unik Yang Cantik
Gempak: Selain watak yang hebat, mungkin Emily boleh kongsikan tentang kostum unik yang disarungkan pada badan awak?
Emily: Pakaian yang saya gunakan memang agak berat malah ianya menyukarkan pergerakan saya, tetapi Jany Temime selaku pereka fesyen dia faham akan bahagian-bahagian baju yang perlu di fokuskan.
Saya dan barisan pelakon lain, kami menyarung baju itu hampir 12 jam sehari dan enam kali seminggu, bayangkan bagaimana keadaan saya ketika itu, agak panas juga. Bagaimanapun saya tetap menyukai pakaian itu yang dibuat secara terperimci dan khusus untuk watak saya sebagai Elicent Hightower Muda dalam House of Dragon.
Penonton Wajib Tonton
Gempak: Berikan sebab kenapa penonton Malaysia perlu menyaksikan siri House of Dragon?
Emily: Saya menyeru kepada semua penonton di Malaysia untuk menyaksikan siri House of Dragon kerana saya sudah memberikan yang terbaik menerusi lakonan saya dan saya mahu anda meilainya sendiri.
Milly: Saya pula ingin katakan penonton Malaysia akan berasa rugi jika tidak menyaksikan House of Dragon kerana siri ini mempersembahkan lebih banyak aksi dan drama, malah saya secara peribadi sangat menyukainya.
Saksikan siri House of Dragon yang kini sudah mula ditayangkan di saluran HBO (411).
Percuma untuk semua pelanggan Astro Movie Pack. Lihat pek himpunan filem terbaharu Astro dengan hanya RM99.99/bulan untuk 6 bulan) untuk dapatkan saluran Astro 100+, HBO GO juga sebagai Disney+ Hotstar.