Hiburan
Enam Bulan Menikah, Rizky Febian Mengaku Tak Daftar Perkahwinan
Penyanyi Rizky Febian mengaku tidak mendaftarkan perkahwinan bersama Mahalini meski sudah enam bulan menjadi suami isteri.
Menurut Rizki, urusan pendaftaran perkahwinan secara undang-undang di Indonesia itu terhambat kerana masalah pengurusan.
“Saya tidak daftarkan perkahwinan selepas menikah pada Mei lalu kerana masalah pengurusan.
“Alhamdulillah hari ini saya diberi waktu datang ke Pengadilan Agama untuk selesaikan urusan pendaftaran kahwin,” ujar Rizky seperti dilaporkan Viva.co.id sewaktu ditemui selepas dia mendaftarkan perkahwinannya di Pengadilan Agama Jakarta Selatan.
Sebelum ini khabar pelantun Kesempurnaan Cinta dan Mahalini menikah pada 10 Mei 2024 masih belum didaftarkan secara sah menjadi kecoh kerana keduannya telah mempamerkan buku nikah selepas diijabkabul.
Pihak majlis agama menafikan pasangan selebriti itu sudah mendaftarkan perkahwinan sehingga Rizky dan Mahalini membuat permohonan untuk berbuat demikian.
Ironi, selama enam bulan berkahwin, Rizky dan Mahalini baru hanya sah dari segi agama.
“Sebagai masyarakat yang baik, kita juga harus mengikuti undang-undang yang benar. Semoga proses pendaftaran pernikahan negara ini berjalan lancar,” katanya lagi.