Berita

Enam Maut Ditikam Di Pusat Beli Belah Di Sydney, Saksi Sifatkan Insiden ‘Gila’

Maliah Surip
13/04/2024
12:24 MYT
Sponsor Banner
Enam Maut Ditikam Di Pusat Beli Belah Di Sydney, Saksi Sifatkan Insiden ‘Gila’
Suasana aman di sebuah pusat beli belah terkenal di kawasan Westfield Bondi Junction, Sydney, Australia bertukar menjadi tragedi berdarah apabila enam daripada pengunjung maut selepas ditikam lelaki tidak dikenali.
Insiden berdarah tersebut berlaku pada Sabtu dengan video mengenainya tersebar di media sosial.
Menerusi laporan BBC, lima daripada enam mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dengan seorang lagi tidak dapat diselamatkan setelah dibawa ke hospital berhampiran.

BERITA TRENDING: Remaja 13 Tahun Cuba Tikam Pemandu E-Hailing, Netizen Suarakan Rasa Bimbang! - "Nasib Baik Pakai Seatbelt..."

Pembunuh melakukan perbuatan kejam itu dengan menikam mangsa secara rambang menggunakan pisau.
Suspek kemudian mati ditembak oleh seorang pegawai polis wanita.

PILIHAN PEMBACA: Wanita Ditikam Lelaki Tak Dikenali Di Dobi Layan Diri – “Ramai Orang Gila Dalam Dunia Ni Rupanya”

Seorang saksi menyifatkan insiden tersebut berlaku dengan sekelip mata dan sangat ‘gila’.
“Saya tidak melihat pembunuh dengan jelas kerana sedang berlari. Ia gila. Saya fikir saya juga akan mati,” ujar sumber.
Seorang yang lain memberitahu: “Semua pengunjung terkejut. Malah ramai dalam kalangan pengunjung adalah remaja serta kanak-kanak.”
Pihak berkuasa Sydney, New South Wales Police menyatakan motif sebenar pembunuhan belum diketahui dan menyifatkan sebarang spekulasi tidak akan membuat siasatan.
Insiden ini merupakan antara yang terburuk dalam sejarah berdarah di Australia yang disifatkan ‘selamat’.
Salah satu insiden terburuk berlaku pada tahun 2019 dengan empat maut dan seorang cedera selepas seorang lelaki melepaskan tembakan di Darwin.
Pada 1996 seramau 35 orang terbunuh di kawasan pelancangon Tasmania selepas seorang suspek melepaskan tembakan.
Sejak itu kerajaan memperketatkan kawalan terhadap penggunaan senjata api.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar