Enam Watak Ini Paling Dibenci Netizen, Kalau Boleh Rasa Nak Tampar Hidup-Hidup!
Selain watak utama, keberkesanan karakter antagonis juga merupakan penghidup sesuatu naskah sama ada drama mahu pun filem.
Nak tahu tahap yang bagaimana? Ha sampai netizen emosi lah kalau tengok, siap berbakul-bakul kemarahan yang diluahkan.
Jadi kali ini kami kongsikan karakter paling dibenci netizen dalam tiga drama popular, Nusyuz Berkiblat Cinta, Dendam Seorang Isteri dan Jangan Menangis Cinta.
#Hawa - Nusyuz Berkiblat Cinta
Watak yang dibawakan oleh pelakon Emma Maembong ini menjadi antara karakter paling dibenci di Malaysia.
Manakan tidak, perangai panas baran dan tidak tahu menghormati suaminya, Adam membuatkan ramai yang membenci Hawa sepenuh hati!
Bukan biasa-biasa ya kelakuan Hawa terhadap Adam, setakat makian itu perkara biasa. Namun bagi Hawa, lebih pada itu termasuklah menampar dan menumbuk Adam.
#Kirana - Dendam Seorang Isteri
Kadang-kadang sahabat baik pun tak boleh percaya! Itulah definisi Kirana yang dilabelkan netizen selepas wanita itu mengkhianati rakan baiknya, Amira.
Another level punya khianat ya guys. Kirana terus merampas suami Amira iaitu Haris. Tak cukup dengan itu, pelbagai fitnah ditaburkan kepada rakannya.
Yang penting, Kirana lakonan Nad Zainal ini memang letop ya! Tahap keberkesanan lakonannya fuh, sangat wow!
#Dina - Jangan Menangis Cinta
Siapa kata wanita cantik tidak mempunyai perasaan jelous dan dengki dengan orang lain? Itulah yang dapat disimpulkan tentang karakter Dina lakonan Rita Nadira.
Merengek-rengek, menggedik itu adalah kelebihan Dina, malah tidak habis-habis menyusahkan Riya dan menabur fitnah.
#Datin Mona - Dendam Seorang Isteri
Merupakan salah satu watak yang membuatkan netizen geram iaitu Mona, ibu mentua kepada Amira lakonan Ziema Din.
Menjerit, menampar dan mengarah menantu boleh dikatakan ‘hobi’ Mona. Faham tak macam mana sakitnya hati bila dapat menantu baik tetapi mak mentua pula perangai macam ni?
#Nek Tok - Jangan Menangis Cinta
Kalau dalam Dendam Seorang Isteri kita ada Datin Mona, namun dalam Jangan Menangis Cinta watak Nek Tok ni another level!
Bak kata netizen, tak padan dengan tua tetapi hati busuk dan perangai jahatnya terhadap Riya membuatkan ramai yang beremosi.
Lebih-lebih lagi selepas Riya melahirkan anak istimewa, bertambah-tambah kebencian Nek Tok terhadap Riya.
#Mummy - Jangan Menangis Cinta
Mesra dengan panggilan Mummy, watak ini boleh dikategorikan sebagai ‘askar’ Nek Tok di mana kerjanya hanya mengampu dan menuruti segala arahan Nek Tok.
Mummy juga merupakan ibu kepada Zhafran dan ibu mentua kepada Riya. Jadi boleh bayang tak macam mana perangainya?
Saksikan Dendam Seorang Isteri, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang di Astro Prima (saluran 105) atau strim di Astro Go / Ultra Box.
Manakala Jangan Menangis Cinta pula disiarkan setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Astro Go / Ultra Box.
Nusyuz Berkiblat Cinta pula ditayangkan setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Astro Go / Ultra Box.