Laman Utama
Enggan Ulas Lanjut, Nonny Nadirah Tampil Mohon Maaf & Mohon Doa Semua Orang - "Setiap Individu Itu Melalui Fasa Ujian Yang Berlainan"
Bersempena dengan kedatangan bulan Ramadan, pelakon dan penyanyi Nonny Nadirah, 32, tampil menjernihkan keadaan dengan meminta maaf kepada semua orang di atas kesalahan yang pernah dilakukan.
Tidak dinyatakan secara terperinci, Nonny atau nama sebenarnya Nonny Nadirah Zainuddin memohon agar rata-ratanya sentiasa mendoakan yang terbaik buat dirinya.
"Assalamualaikum. Saya rindu semua. Sempena menyambut kedatangan bulan Ramadan, saya Nonny Nadirah ingin memohon maaf di atas segala salah dan silap saya yang terang mahupun yang tersembunyi.
"Doakan yang terbaik buat saya. Lillahi Ta'ala saya sayang semua kerana Allah. Keluarga, sahabat, peminat maaf dan terima kasih untuk segalanya," tulisnya.
Luahan itu dibuat menerusi sebuah entri di Instagram Stories yang dimuat naik, semalam.
Dalam pada itu, pelakon drama Melankolia memilih untuk tidak mengulas lebih lanjut mengenai kontroversi hangat, baru-baru ini.
Tambahnya, dia terima dengan hati terbuka atas setiap kata yang dilemparkan kepada dirinya.
"I reserve all my comment. Hanya Allah saja yang mengetahui segala isi hati. Minta maaf. Minta maaf. Minta maaf.
"Jangan tinggalkan yang fardhu, buatlah yang termampu. Mana yang baik, ambil kerana semua itu datangnya dari Allah.
"Yang tak baik itu saya. Setiap individu itu melalui fasa ujian yang berlainan. Apapun yang korang cakap, saya terima dengan hati yang terbuka.
"Saya sayang anda. Selamat berpuasa semua. Jaga diri," tulisnya lagi.
Sebelum ini, ramai yang terkejut dengan tindakan Nonny memuat naik dua video seksi.
Pertama, Nonny berkongsi video wanita berseluar pendek dan memakai visor dan terbaharu aksi seorang wanita berendam di dalam baldi menampakkan bahagian belakang, dengan kapsyen 'soap' (sabun) bersama emoji perkataan terbabit.