Laman Utama

“Episod 4 Lagi Solid, Kita Akan Berkenalan Dengan Watak Underdog Tapi Berbisa” - Pengarah Bagi Hint Projek: Anchor SPM Malam Ini!

Hanafis Haris
05/04/2021
02:10 MYT
Sponsor Banner
“Episod 4 Lagi Solid, Kita Akan Berkenalan Dengan Watak Underdog Tapi Berbisa” - Pengarah Bagi Hint Projek: Anchor SPM Malam Ini!

Episod tiga telah pun berlalu hampir seminggu dan hari ini tiba masanya penonton menyaksikan apa yang bakal terjadi dalam episod Projek: Anchor SPM seterusnya.

Jika sebelum ini ramai yang tidak menyangka tindakan Aizat dan Aaidaa mencuri kertas peperiksaan, kali ini apa pula nasib mereka?

Bagaimana pula konflik apabila Aizat mula jatuh hati pada Aaidaa? Adakah Jaja bakal cemburu?

Semuanya akan dipaparkan hari ini.

Sementara itu, menurut pengarahnya, Razaisyam Rashid, tayangan episod empat malam ini akan membongkar watak Botol lakonan Chubb-E.

“Tapi next week lagi solid! Kita akan mula berkenalan dengan Botol pula. Dia underdog tapi berbisa,” kata menerusi satu ciapan di Twitter.

Apapun jangan lepaskan peluang jam 9 malam ini di saluran Astro Citra.

Untuk pilihan alternatif, penonton juga boleh strim di platform Astro GO atau On Demand.

Sekadar info, Projek: Anchor SPM mengisahkan tentang sekumpulan pelajar tingkatan lima di Sekolah Tengku Isa Anuar (STIA) di Cameron Highlands, yang merupakan sebuah sekolah berasrama penuh berprestij.

Isu mula tercetus apabila Aizat lakonan Aedy Ashraf terdesak cuba mencari jalan mendapatkan keputusan 8A dalam peperiksaan percubaan SPM.

Aizat akhirnya berjaya bersekongkol dengan Aaidaa (Daiyan Trisha), dan menghasilkan sebuah pelan untuk membantu rakan- rakan seluruh tingkatan mereka cemerlang SPM melalui strategi meniru besar-besaran.

Drama ini turut dilakonkan oleh Nadhir Nasar (Hilmi), Chubb-E (Botol), Shasha Abedul (Jaja) serta nama-nama besar dalam industri seni tempatan seperti Adlin Aman Ramlie, Hasnul Rahmat Tony Eusoff dan Susan Lankester.

Related Topics
Must-Watch Video
Unitar