Hiburan

ERA Cipta Sejarah, Stesen Radio Pertama Malaysia Capai 2 Juta Pengikut di TikTok

Asyraf Roslan
14/01/2025
18:55 MYT
Sponsor Banner
ERA Cipta Sejarah, Stesen Radio Pertama Malaysia Capai 2 Juta Pengikut di TikTok
Stesen radio No. 1 di Malaysia,ERA mencipta sejarah apabila berjaya meraih 2 juta pengikut di TikTok dan menjadikannya sebagai stetsen radio pertama di Malaysia yang memperoleh angka tersebut.
Lebih membanggakan, kandungan TikTok ERA telah mencatatkan 1.2 bilion tontonan dalam tempoh setahun, membuktikan popularitinya yang luar biasa di platform media sosial tersebut.
Kejayaan ini bukan datang tanpa usaha, ERA terus mencipta kandungan yang relevan dan menarik perhatian pelbagai lapisan masyarakat.
Dari parodi lucu hingga kandungan yang menyentuh hati, ERA memastikan pengikutnya sentiasa terhibur.
Antara segmen yang mencuri tumpuan ialah cabaran bersama selebriti dan bantuan kepada golongan memerlukan seperti Lina Pompom membantu keluarga arwah adik Alisa yang menghidap kanser mata, dan 3PE yang menghadiahkan kasut baru kepada adik Arman selepas menjadi mangsa buli netizen di media sosial.
Menerusi pencapaian luar biasa ini, ERA kini menyasarkan untuk mencapai 3 juta pengikut menjelang penghujung tahun.
Pihak ERA turut berjanji untuk terus menghasilkan kandungan yang bukan sahaja menghiburkan tetapi juga informatif dan relevan kepada masyarakat.
TikTok kini menjadi platform utama ERA untuk mendekati pendengar dengan cara yang lebih interaktif dan menyeronokkan. Pencapaian ini membuktikan bahawa ERA bukan sahaja relevan sebagai stesen radio, tetapi juga sebagai pencetus trend dalam dunia digital.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024