Laman Utama

ERA Sarawak Perkenal Personaliti Baharu, Ini Segmen Baharu Yang Lebih Happening!

Shahrin Zulkifle
08/08/2022
11:30 MYT
Sponsor Banner
ERA Sarawak Perkenal Personaliti Baharu, Ini Segmen Baharu Yang Lebih Happening!
Jenama radio No.1 di Malaysia Timur, ERA Sarawak kini memperkenalkan barisan personaliti baru dengan pengisian terkini yang lebih menarik bermula 8 Ogos, hari ini.
ERA Sarawak bakal menemani pendengar seawal jam 6 pagi hingga 12 tengah malam menerusi radio dan aplikasi Syok.
Menurut Pengurus Kandungan ERA Sarawak, Asraf Hardy berharap pendengar akan lebih terhibur dengan pelbagai segmen baharu yang diperkenalkan.
“Kami berbesar hati untuk mengumumkan ERA Sarawak yang terkini kepada semua pendengar setia kami.
“Kami juga berharap dengan segmen baharu seperti Pagi ERA Sarawak, ERA Seranto, Petang ERA dan Malam Hit ERA serta segmen hujung minggu yang diperbaharui sepenuhnya boleh dinikmati oleh lebih 400 ribu pendengar di Sarawak.
“Kami harap pendengar akan lebih seronok dan saya ingin berterima kasih kepada semua pendengar atas sokongan berterusan daripada mereka,” katanya.
Berikut merupakan senarai personaliti baharu yang diperkenalkan ERA Sarawak beserta segmen masing-masing.

#1 Pagi ERA Sarawak

Pendengar pagi ERA Sarawak bakal ditemani penyampai baharu, Dhirah yang akan digandingkan bersama penyampai sedia ada iaitu Afick dan Fir.
Pelbagai pengisian yang bakal disajikan kepada pendengar seperti Kan Dah Kenak, Me.Penauk, Apa Cer, Teka Tok Apa Ya? dan 3 Paling Top 3.
Segmen yang dikendalikan oleh tiga orang penyampai itu mula bersiaran seawal jam 6 pagi hingga 10 pagi.

#2 ERA Seranto

Sementara itu, pada jam 10 pagi hingga 3 petang pula pendengar bakal disajikan dengan segmen terbaharu ERA Seranto yang bakal dihoskan oleh seorang lagi personaliti baharu iaitu Ameer Dewi.
Segmen yang dihoskan oleh penyampai serba boleh itu akan menghiburkan pendengar ERA Sarawak dengan pilihan lagu-lagu terbaik tempatan dan antarabangsa secara berterusan.
Dalam segmen sama, pendengar juga akan menerima info-info terkini tentang muzik, hiburan, perkembangan semasa dan banyak lagi.

#3 Petang ERA

Dalam pada itu, segmen Petang ERA masih dikekalkan seperti yang sebelumnya dan terus menghiburkan pendengar bermula dari jam 3 petang hingga 8 malam.
Petang ERA yang dihoskan oleh Elya akan membawa pendengar untuk berkongsi topik menarik yang akan dibincangkan..
Petang ERA turut menyajikan pendengar dengan segmen ERA Cuba Sambung di mana pendengar berpeluang memenangi hadiah wang tunai dalam peraduan sambung lirik.

#4 Malam Hit ERA

Bermula jam 8 malam sehingga 12 malam, Malam Hit ERA mengambil alih konti radio dengan pengisian ERA X-Clusive sekaligus melengkapkan kesemua segmen yang diperkenalkan ERA Sarawak kali ini.
Dihoskan oleh penyampai Chopie Cakap, Malam Hit ERA akan memanggil beberapa tetamu jemputan bagi sesi temu bual tentang topik bermanfaat dan tular di laman sosial.

#5 Hujung Minggu

Tidak sekadar itu, pendengar juga akan terus dihiburkan ERA Sarawak pada hujung minggu bermula jam 7 hingga 12 tengah malam.
Hari Sabtu pendengar akan disajikan dengan segmen D & E, Kaki Makan ERA, Super Sabtu ERA, Fir Afandi Show, Malam Cinta ERA dan banyak lagi.
Manakala pada Ahad pula, pendengar akan bersantai dengan pengisian terkini seperti Lepak Weekend ERA, EPOP ERA, KLMJ ERA dan pelbagai lagi.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar