Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

‘Eropah, Here I Am’ Cabar Cara Pengarahan Bernard Chauly

Ahmad Shah 07/05/2016 | 16:59 MYT
Pengarah tersohor, Bernard Chauly mencabar cara pengarahannya dalam telefilem terbaru yang bakal disiarkan menerusi slot Karya 12, ‘Eropah, Here I Am’.

Menerusi telefilem tersebut, Bernard lari daripada kebiasaan dengan mengangkat krisis pelarian Syria sebagai subjek utama.

“Jika selalunya saya lebih dikenali dengan karya yang bertemakan komedi romantik, menerusi ‘Eropah, Here I Am’, saya mencabar cara pengarahan saya.

“Menjalani penggambaran di Pulau Leros, Greece, saya mengolah kisah mengenai pelarian Syria dalam cara tersendiri.

“Telefilem ini berkisar mengenai pelarian Syria yang datang dari Turki secara haram dengan menaiki bot dan mereka tiba di bumi Eropah menerusi Pulau Leros,” kata Bernard.

Dalam pada itu, Bernard turut menceritakan pengalamannya semasa berada di Pulau Leros, Greece.

“Ketika menjalani penggambaran di Pulau Leros, Greece, kami hanya ada lapan orang krew sahaja. Menguruskan lapan orang krew bersama tiga orang pelakon dalam masa seminggu merupakan cabaran dan pengalaman baru buat saya,” katanya lagi.

Jangan lupa saksikan telefilem ‘Eropah, Here I Am’ lakonan Bront Palarae dan Nur Fazura dalam slot Karya 12, malam ini (Ahad), jam 10.00 malam di saluran Astro Citra (131) dan Mustika HD (134). Gunakan hashtag #Karya12 #EropahHereIAm untuk berinteraksi mengenai telefilem ini di laman sosial.

#Karya12 bakal menampilkan #EropahHereIam sebuah telemovie khas dari @bernard.chauly yang dibintangi oleh @missfazur dan @bront_palarae di Astro Citra dan Mustika HD Ahad ini jam 10 malam. Saksikan barisan pengarah terhebat menghasilkan telemovie di #Karya12 setiap Sabtu dan Ahad jam 10 malam di Astro Citra dan Mustika HD. Utk melanggan Mustika pek, sila ke Saluran 200!

A video posted by Astro Gempak (@astrogempak) on

#Karya 12 #Bront Palarae #Bernard Chauly
;