Laman Utama
Erra Fazira Sambut Hari Lahir Engku Aleesya Dalam Sebuah Majlis Ringkas - “Gugur Segala Kesakitan, Hadirmu Menyempurnakan Hidupku”
Pelakon Erra Fazira meraikan sambutan ulang tahun anaknya, Engku Aleesya yang ke-12 dalam sebuah majlis yang sederhana.
Menerusi laman sosial Instagram, Erra berkongsi sebuah video sambutan tersebut untuk tatapan umum.
“Selamat hari jadi anakku, genap 12 tahun dikau dilahirkan. Seusia mudamu, pelbagai kenangan telah kau lalui. Jadikan ini semua pengalaman istimewa buatmu,” tulis Erra di bahagian kapsyen.
Malah, pelakon filem Pasrah itu turut mengimbau kenangan sewaktu melahirkan puteri sulungnya bersama suaminya ketika itu, Engku Emran.
“Masih segar dalam ingatan pertama kali dikau berada dalam dakapanku, gugur segala kesakitan dan kepayahan saat kita bertentang mata. Hadirmu menyempurnakan hidupku. Ya Allah terima kasih di atas anugerahMu. Sayang yang tidak berpenghujung buatmu anakku,” ucapnya lagi.
Menerusi perkongsian itu lagi, sambutan diserikan dengan belon berwarna-warni serta kek merah jambu.
Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya yang menitipkan ucapan hari lahir buat Aleesya dan memuji wajah gadis itu yang setanding kecantikan ibunya.
“Ucapan dari ibu kandung lagi bermakna, happy birthday Aleesya,” komen seorang wargamaya.
“Happy birthday Aleesya, sama cantik macam mommy,” puji seorang wargamaya.
“Happy bornday Aleesya, doa yang baik-baik buat Aleesya sekeluarga,” kata seorang wargamaya.
“Aleesya is different daripada anak selebriti yang ada. Sederhananya, pemalunya, sopannya, moga menjadi anak yang solehah ya sayang,” ucap seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, video tersebut telah menerima hampir 500,000 tontonan daripada pengikutnya.