Sukan
EURO 2024: Patah Hidung, Mbappe Disaran Pakai Topeng Ninja Turtle
Penyerang Perancis, Kylian Mbappe, berseloroh di media sosial dengan menyatakan apakah jenis pelindung muka yang perlu digunakan selepas hidungnya patah.
Patah hidung
Mbappe dikejarkan ke hospital di Dusseldorf, Jerman, selepas ketika Perancis membuka kempen EURO 2024 dengan kemenangan 1-0, awal pagi tadi.
Aksi babak mengerikan itu terjadi susulan tandukannya terkena bahu salah seorang pertahanan Austria ketika minit akhir permainan menyebabkan pemain terbaru Real Madrid itu digantikan dengan pemain senior, Olivier Giroud.
"Hidungnya dalam keadaan tidak baik sama sekali," kata ketua jurulatih iaitu Didier Deschamps kepada pemberita.
Pada mulanya timbul kebimbangan bahawa bintang utama Les Bleus itu memerlukan pembedahan dan berdepan terlepas baki kempen kejohanan itu.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Tidak perlukan pembedahan lanjut
Namun Presiden Persekutuan Bola Sepak Perancis (FFF), Philippe Diallo, mendedahkan kakitangan perubatan pasukan itu memutuskan Mbappe tidak memerlukan pembedahan selepas pemeriksaan lanjutan dijalankan.
Penyerang Real Madrid itu meninggalkan hospital pada jam 1 pagi waktu tempatan dan kembali bersama pasukan untuk persediaan bertemu Belanda.
Dalam masa sama, ramai di media sosial yang menyarankan topeng Ninja Turtle paling sesuai untuk pemain yang baru dipancing Real Madrid itu.
Terdahulu, akibat daripada pelanggaran tersebut, Mbappe meronta kesakitan selepas disedari oleh penjaga gol Austria yang kemudiannya dirawat oleh pakar perubatan Perancis selain bajunya telah dipenuhi dengan kesan darah yang mengalir dari hidungnya.
Kredit foto: cbssports / The Telegraph
Sumber: STADIUM ASTRO