Terkini

Eww! Artis Popular Ini Cipta Lilin Beraroma Kemaluan Sendiri?

Izwan Isa
22/10/2023
07:20 MYT
Sponsor Banner
Eww! Artis Popular Ini Cipta Lilin Beraroma Kemaluan Sendiri?
This Smells Like My Vagina; itu wangian terbaharu yang dikeluarkan pelakon Hollywood, Gwyneth Paltrow dalam rangkaian produknya di pasaran.
Menurut laman sesawang Goop yang menjual produk itu secara dalam talian, lilin yang dicipta oleh Paltrow itu dikatakan punyai bau yang seksi.
Produk lilin itu dihasilkan dengan campuran bunga geranium, buah bergamot, pokok cedar, ros damask dan benih amber.
Sebenarnya lilin terbabit diberi nama sedemikian ketika proses pembuatannya bersama pakar wangian, Douglas Little.
"Uhhh, bau ini seperti bau kemaluan," kata Paltrow ketika itu.
Produk terbabit telah mencetuskan pelbagai reaksi di media sosial, kebanyakannya kurang selesa dengan nama yang diberikan.
Lilin itu dijual dengan harga AS$75 (RM304) dan kini telah habis dibeli sekelip mata.
Sumber: Refinery29, Mashable SE Asia
BACA: “Jadi Ketua Keluarga, Kerja Keras Cari Rezeki..” - Azfar Heri Kini Buka Kedai Lilin Jenama Sendiri​
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar