Laman Utama
Eyra Hazali Bengang Gambar Keluarga Disalahguna, Laporan Polis Sudah Dibuat - "Kalau Terdesak Sangat Cari Duit, Banyak Lagi Cara Halal"
Pelakon Eyra Hazali, 22, mendedahkan ada pihak tidak bertanggungjawab telah menggunakan foto keluarganya serta menulis kapsyen palsu semata-mata untuk menjana kewangan.
Menurut Eyra atau nama sebenarnya Hazirah Qasdina Hazali berkata dia sudah menghubungi individu terbabit untuk menurunkan posting namun permintaan itu tidak dihiraukan.
"Assalamualaikum semua. Saya terima satu direct message (DM) Khamis lepas yang menyatakan ada satu akaun Facebook (FB) telah menggunakan gambar keluarga saya serta kapsyen yang palsu.
"Allahuakbar.. Saya dah pun hubungi orang tu (gambar 2 dan 3) untuk turunkan entri tapi mereka tak nak percaya saya pemilik gambar tu.
"Katanya ada ahli dorang yang bagi, bila tanya tak nak jawab dan sebenarnya ada bukti lain yang dorang memang suka-suka saja ambik gambar orang lain juga.
"Dorang pun tak nak turunkan entri sebab yelah, ramai mesej kan jadi rasa marketing tu berjaya tapi tak!" tulisnya.
Menerusi pendedahan itu, Eyra turut memuat naik screenshot posting palsu serta perbualan WhatsApp di Instagram (IG) miliknya, semalam.
Tambah pelakon drama Mr. Grey, laporan polis sudah dibuat selepas pihak terbabit enggan memberi kerjasama.
"Walaupun saya ugut nak buat laporan polis pun dia tak takut mungkin seronok tengah pegang duit orang? Tapi saya dah buat laporan semalam.
"Gambar keempat sampai habis tu perbualan dengan orang lain dan boleh pula dia cakap salah bagi? Dengan kenyataan macam tu, pakai gambar keluarga saya, boleh salah bagi pula? Bila kantoi, terus dia block," tulis Eyra.
Dalam pada itu, isteri kepada penjaga gol Johor Darul Ta'zim (JDT), Muhammad Haziq Nadzli memohon kerjasama daripada orang ramai untuk mengelakkan lebih ramai lagi yang tertipu.
"Tolong sesiapa yang nampak post ni dekat FB, tolong komen dekat situ ini semua menipu. Dalam akaun FB dia takda post ni but selalu keluar dekat timeline yang lain as sponsored.
"Kalau terdesak sangat cari duit, banyak lagi cara yang halal. Bagi keluarga kenyang pun tak guna kalau haram, masya-Allah. Tolong sebarkan ya," tulisnya lagi.