Laman Utama
Ezurin Khyra Lancar Skaf, Abadikan 10 Lokasi Terindah! - "Jenama Ini Untuk Semua Orang, Bukan Nak Buat Duit Tapi..."
Sosialit dan ikon fesyen terkenal Ezurin Khyra melebarkan sayap dalam industri tempatan dengan melancarkan skaf di bawah jenama E for Ezurin.
Kata Ezurin, dia mengambil tempoh selama tiga bulan untuk menghasilkan koleksi skaf itu yang terdiri daripada 10 rekaan corak berbeza mengikut 10 lokasi kegemaran yang pernah dikunjunginya.
"Sebagai permulaan saya tampilkan 10 rekaan skaf untuk kempen E for All yang dinamakan sempena dengan 10 lokasi yang saya pernah lawati iaitu Istanbul, Doha, Bahia, Rio, Dubai, Jakarta, Paris, Mulan, Madrid dan istimewa sekali Kuching.
"Koleksi skaf ini tidak terhad kepada wanita muslimah sahaja, setiap wanita tak kira pangkat, agama, bangsa atau kaum punyai cara tersendiri untuk menggayakan skaf ini.
"Sudah tentu saya teruja untuk melihat skaf ini dimiliki oleh setiap wanita di seluruh dunia sekali gus menjadi trendsetter kepada fesyen skaf.
"Jenama ini untuk semua orang, saya hasilkannya bukan kerana nak buat duit banyak tapi saya mahu memberikan semula kepada peminat saya," katanya kepada Gempak.
Ezurin wajib pakai skaf!
Memilih skaf untuk menjadi jenama sulungnya, Ezurin mengakui skaf menjadi aksesori wajib yang kerap digayakan apabila berada di luar rumah.
"Saya sentiasa mahu lakukan sesuatu, kalau nak buat koleksi pakaian saya perlu berada di sesuatu lokasi misalnya Kuala Lumpur untuk berjumpa sendiri dengan pelanggan dan perlu menitikberatkan soal saiz.
"Saya fikir apa yang senang nak buat ialah skaf memandangkan saya pun suka skaf. Bila bercuti saya mesti pakai skaf, sama juga kalau di London. Bagi saya, ada gaya sikit bila pakai skaf apabila keluar, ia juga menjadi salah satu aksesori wajib bagi saya.
"Saya suka warna dan styling, jadi dari situlah ia bertitik tolak hingga terhasilnya jenama E for Ezurin.
"Kenapa sekarang? Kerana anak-anak saya semuanya sudah besar. Jadi sekarang saya ada banyak masa, kalau dulu saya tiada plan sebab saya sentiasa nak monitor mereka belajar. Sekarang lebih senang," tambahnya.
Siapa bakal pakai skaf Ezurin?
Dalam pada itu, Ezurin akui bakal memberikan skaf keluarannya kepada rakan selebriti serta kenalan antarabangsa dan tempatan.
"Sudah tentu, mereka pun bangga dan mahu memilikinya. Sudah tentu saya mahu berikan kepada kenalan saya tak kira dimana mereka berada.
"Siapa? Sudah tentulah surprise! Nanti tengok saja saya repost," katanya tertawa.
Setiap helaian skaf E For Ezurin dijual pada harga RM29.00 secara online di www.eforezurin.com atau boleh didapati dengan 212 stokis berdaftar.
Umum mengetahui Ezurin antara sosialit ternama yang akan mengisi barisan hadapan setiap kali pertunjukan fesyen jenama antarabangsa.
Malah, keakraban Ezurin dengan selebriti Hollywood seperti Lionel Richie, Lady Gaga, Lindsay Lohan dan Kim Kardashian tidak perlu diragui lagi.
#Viral
#Lady Gaga
#Kim Kardashian
#Lindsay Lohan
#Ikon Fesyen
#Sosialit
#Ezurin Khyra
#E for Ezurin
#Skaf