Laman Utama

Fadlan Hazim Berselera Makan Daging Kuda, Ramai Teringin Nak Rasa - "Wife Aku Kazakhstan Ajar Makan Makanan Dia”

Mya Amri
19/11/2023
13:55 MYT
Sponsor Banner
Fadlan Hazim Berselera Makan Daging Kuda, Ramai Teringin Nak Rasa - "Wife Aku Kazakhstan Ajar Makan Makanan Dia”
Pelakon, Fadlan Hazim mendapat perhatian netizen selepas menjamah makanan tradisi Kazakhstan yang diperkenalkan isterinya, Aiya Mukhamedsalova.
Fadlan berkongsi perkara itu menerusi satu video yang dimuat naik di TikTok yang merakamkan dirinya sedang menikmati juadah dari negara isterinya itu.
“Isteri aku orang Kazakhstan, ajar aku makan makanan dia,” tulisnya ringkas.
Namun apa yang perhatian netizen adalah makanan dijamah oleg Fadlan itu dikenali sebagai Beshbarmak iaitu hidangan diperbuat daripada daging kuda.
Selain itu, Fadlan turut mencuba hidangan Khachapuri dan mengatakan makanan itu lebih enak dari cheese nan.
“Khachapuri, kalah cheese nan weh,” tulisnya.
@fadlanhazim_ Your turn to do malay food content? @Aiya #kazakhfood #kazakhstan #malayfood #malaysia #kazakhstan ♬ оригинальный звук - Аккаунт сатылады
Sementara itu, di ruangan komen rata-rata netizen menyatakan rasa teringin untuk mencuba daging kuda selepas melihat Fadlan makan dengan begitu berselera.
Malah ada juga netizen yang pernah menikmati daging kuda berkongsi pengalaman mereka sewaktu menjamah hidangan tersebut.

BERITA TRENDING: Bertunang Dengan Wanita Kazakhstan Oktober Lalu, Fadlan Hazim Perlu Lalui Ujian ‘Kejantanan’ - “Kena Jalan Atas Papan Ada Paku & Minum Susu Kuda”

Terdahulu, Fadlan dan Aiya selamat mendirikan rumah tangga pada 16 Julai lalu.
Sebelum mendirikan rumah tangga, Fadlan telah melalui beberapa ujian seperti mendaki gunung dan minum susu kuda untuk memastikan dirinya layak berkahwin dengan Aiya.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar