Faizal Tahir Kongsi Perkembangan Maryam Selepas Bedah Jantung - “Kami Akan Cuba Untuk…”
Penyanyi Faizal Tahir berkongsi perkembangan anak perempuannya iaitu Maryam Tahirah, yang sudah menjalani pembedahan jantung lebih sebulan yang lalu.
Faizal menerusi video yang dimuat naik di TikTok memperlihatkan reaksi Maryam yang sudah lebih sebulan tidak bertemu dengan cikgu kesayangannya iaitu Teacher Aishah.
“Inilah reaksi Maryam setelah lebih sebulan tak jumpa dengan teacher Aishah kesayangan dia di @tender touch .
“Alhamdulillah, walaupun Maryam baru sebulan menjalani pembedahan jantung, kami ingin memastikan terapi Maryam tetap berjalan seperti biasa, mengikut keupayaan semasa dia,” kongsinya.
Pada perkongsian yang sama, Faizal memberitahu dia akan mencuba sedaya upaya untuk tidak terlepas mana-mana kelas dan terapi anaknya.
“Consistency is key in making sure she can achieve her best potential, oleh itu kami akan cuba sedaya upaya untuk tidak terlepas mana-mana kelas dan terapi Maryam.
“Terutama pada 'time window' (tingkap masa) yang sangat berharga ini,” kata Faizal.
Untuk rekod, Faizal dan isterinya menimang cahaya mata ketujuh iaitu Maryam Tahirah pada Disember 2021 dan mendedahkan anaknya berdepan beberapa masalah sejak dalam kandungan.
Kongsi Faizal atau nama sebenarnya Ahmad Faizal Mohammad Tahir, doktor memaklumkan kepadanya dan isteri bahawa bayi mereka mempunyai masalah jantung sehingga terpaksa dibedah selepas dilahirkan.
Sebelum dilahirkan, doktor mengesahkan anak perempuannya itu mengidap penyakit Sindrom Down atau disebabkan mempunyai dua komplikasi tersebut.
Untuk info, Faizal mendirikan rumah tangga dengan Siti Raihannim pada 2001 dan pasangan itu kini mempunyai tiga orang anak lelaki dan empat anak perempuan.
BACA SINI: Dikurniai Anak Ketujuh Down Syndrome, Faizal Tahir: “Saya Sangat Perlukan Anak Ini”
undefined