Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Fara Mendoza Terkejut Nama Dipetik Terlibat Jenayah Cuci Duit Haram - “Ferrari Sebiji Pun Aku Tak Ada!”

Asyikin Mayudin 27/10/2023 | 11:55 MYT

Bukan sahaja nama pelakon dan penyanyi Daiyan Trisha, tetapi pempengaruh media sosial iaitu Fara Mendoza juga terpalit dengan isu selebriti wanita terlibat dengan pengubahan wang haram.

Terkejut dengan tuduhan itu, Fara menerusi laman sosial miliknya tampil menafikan tuduhan tersebut

dan menegaskan dia tidak menjalani kehidupan mewah seperti yang didakwa.

“Ada orang bagi link TikTok kat Fara, sumpah aku tak faham netizen bangang abadi ni! Apahal nama aku dipetik dalam pengubahan duit haram? Lambo sebiji pun aku tak ada.

“Ferrari sebiji pun aku tak ada? Kau tahu tak pengubahan duit haram itu macam mana gaya rupa dia? Eeee, rasa nak tembak sekor-sekor sampai mati netizen bab* ni,” tegas Fara.

Terdahulu, tular berita di laman sosial mengenai seorang pelakon wanita diburu Bank Negara kerana terlibat dengan jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA).

Tambahan pula, aktres yang mempunyai kulit putih gebu itu juga didakwa sering menunjukkan gaya hidup mewah di akaun sosial medianya.

BACA SINI: Balik Tunai Umrah Fara Mendoza Masih Bertudung, Netizen Doa Supaya Istiqamah - “Ala-Ala Zila...

#Fara Mendoza #Fara nafi tuduhan #Jenayah cuci duit
;