Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Farah Ahmad Berdoa Dalam Masjid Nabawi Mohon Kesembuhan Nad Zainal; “Ya Allah, Kau Angkatlah Penyakit…”

Shahrin Zulkifle 24/11/2022 | 03:00 MYT

Khabar mengenai pelakon Nad Zainal yang dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) ternyata mengundang rasa sedih dalam kalangan peminat dan selebriti. Malah doa yang dititipkan buat aktres berusia 32 tahun itu tidak putus diberikan oleh orang ramai.

Terbaharu, pelakon Farah Ahmad yang ketika ini berada di tanah suci Mekah bagi mengerjakan ibadah Umrah turut tidak terlepas untuk mendoakan kesembuhan Nad.

Menerusi hantaran di Instagram, Farah berkata dirinya terkejut apabila mendapat berita mengenai pelakon drama Cina Buta itu sedang bertarung nyawa di ICU.

“Ya Allah selepas solat subuh di Masjid Nabawi tadi dapat perkhabaran keadaan kritikal adikku Farah Nadia Binti Zainal Abiddin @ Nad Zainal di ICU kerna jangkitan paru-paru.

“Adik, akak hanya mampu doa adik kuat yer adik. Ya Allah ampuni dia Ya Allah. Berikan kesembuhan buat Nad Zainal,” katanya.

Pada hantaran tersebut, Farah turut berkongsi satu foto ketika berada di dalam Masjid Nabawi sambil tangannya memegang sekeping kertas yang tertulis doa buat Nad.

A post shared by Farah Ahmad MrMrs Pitt ❤ (@ifarahahmad)

Dalam masa sama, Farah berdoa agar Nad diberi kesembuhan dengan segera supaya dia boleh kembali menjalankan amanah sebagai seorang ibu kepada anaknya.

“Ya Allah, kau angkatlah penyakit yang dihadapinya Ya Allah. Ya Allah berikanlah dia kesembuhan segera agar dapat menjadi anak ibu yang baik dan dapat menjaga amanahnya dengan baik Ya Alllah. Ya Allah rahmati dan berkatilah segalanya buat Nad Zainal. Segala dengan izinMU Ya Allah. Aamiin” tambahnya.

Terdahulu, pada Selasa, Nad dilaporkan berada di ICU Pusat Perubatan Ampang Puteri, akibat jangkitan kuman di paru-paru.

Sementara itu, pelakon Ungku Ismail turut memaklumkan Nad yang masih dirawat di ICU kini dalam keadaan kritikal.

#Nad Zainal #Berita #Farah Ahmad #ICU #Covid
;