Farah Nabilah Perkenal Putera Kedua, Mahu Anak Beradab & Berakhlak Seperti Rasulullah
Pelakon Farah Nabilah memperkenalkan anak keduanya selepas tujuh hari selamat bersalin.
“Assalamualaikum. Hari ini hari ketujuh dia. Yusuf Gibran Mohamed Amirul,” tulisnya.
Menerusi perkongsian itu, Farah turut memuat naik foto dan video dia bersama bayi dihari kelahiran anaknya itu.
Pun begitu, Farah tidak mendedahkan lagi wajah si kecil buat tatapan umum.
Dalam masa yang sama, Farah sempat menitipkan doa yang terbaik buat anaknya itu supaya menjadi anak yang soleh.
"Terima kasih atas doa semua. Semoga Yusof Gibran menjadi anak yang soleh, mempunyai adab dan akhlak seperti Rasulullah S.A.W serta dilindungi dari segala kejahatan,” tambahnya.
Farah dan pasangannya, Mohammed Amirul Yunus yang merupakan seorang juruterbang mendirikan rumah tangga pada 20 Disember 2019.
Terdahulu, rumah tangga mereka diserikan dengan kelahiran anak lelaki bernama Andre Omar yang kini berusia tiga tahun