BERITA
Farahdhiya Tegur Solekan Hady Mirza Yang Nampak Seperti....
Penyanyi Farahdhiya menegur solekan wajah bintang Gegar Vaganza 2019, Hardy Mirza sewaktu membuat persembahan pada konsert minggu ke-8 pada Ahad lalu.
Farahdhiya atau nama sebenarnya, Farahdhiya Mohd. Amin, 35, berkata, gaya solekan Hady menjadikan dirinya seolah-olah kelihatan seperti seorang bapuk.
"Siapalah yang solekkan Hady Mirza ni? Dia kelihatan seperti seorang bapuk. Kesiannya dia. Dia tidak perlu gaya solekan yang seperti itu lah," tulisnya menerusi perkongsian status di Twitter.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Status Farahdhiya itu kemudian mengundang pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya.
Rata-rata mereka bersetuju dengan pandangan yang diutarakan oleh pelantun lagu hit Bertakhta Di Hati itu.
"Saya ingatkan saya seorang sahaja yang perasan. Apalah yang terjadi pada wajah Hady," tulis salah seorang netizen.

Pada minggu lalu, Hady menyampaikan lagu berjudul Malaikat.
GV2019 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).
Dapatkan perkembangan terkini tentang GV2019 hanya di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gempak.com/gegarvaganza.