Hiburan
Farid Kamil Nafi Dakwaan Diana Danielle Fail Cerai Sebab Orang Ketiga - "Apa Yang Jadi Bukan Seperti Yang ..."
Pelakon dan pengarah Farid Kamil menyangkal perselisihan faham yang berlaku antara dia dan isteri, Diana Danielle, berpunca daripada orang ketiga.
Kata Farid, apa yang terjadi antara mereka tiada kena-mengena seperti dakwaan sesetengah pihak.
"Emm... saya tak minta sesen pun duit netizen. Apa yang jadi antara saya dan isteri bukan seperti yang disangkakan.
"Tiada kena mengena dengan pihak ketiga," ringkasnya kepada Gempak.
Ditanya sama ada Farid akan pulang ke rumah pada malam ini, pelakon tinggi lampai itu hanya tertawa kecil.
"Saya shotting sampai Subuh..berjemaah semua di sini," tambahnya.
Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 11, dan Nur Aurora, 9.
Sebelum ini, Farid dan Diana pernah bercerai talak satu pada 10 Ogos secara