Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Hiburan

Farid Kamil Yakin Cinta Diana Danielle Masih Kuat, Tiada Unsur Penindasan Dalam Proses Cerai- “Kasih Sayang Bukan Boleh Dijual Beli”

Asyikin Mayudin 16/12/2024 | 04:25 MYT
Pelakon Farid Kamil berasa yakin perasaan sayang dan cinta isterinya iaitu Diana Danielle masih kuat dan berterusan terhadap dirinya biarpun aktres itu memfailkan perceraian.
Tetap mahu perjuangankan rumah tangganya, Farid memberitahu dia melihat setiap peluang yang ada merupakan satu rahmat daripada Allah dalam perkahwinan mereka.
“Perasaan sayang dan kasih sayang Diana Danielle pada saya, awak tak boleh rasa, hanya saya yang rasa. Kasih sayang itu masih kuat dan berterusan dan akan perjuangkan semua itu.
“Sebab kasih sayang bukan boleh dijual beli. Cinta tak susah untuk dapat tapi susah untuk kalau dijual dan beli. Saya sayangkan isteri dan anak-anak saya… perjuangan mesti diteruskan.
“Saya melihat setiap peluang yang ada sebagai rahmat tuhan dalam perkahwinan. Pada saya, perkahwinan kami dirahmati dan saya akan teruskan perjalanan ini walau apa jua dugaan,” katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, Farid menganggap tiada unsur penindasan dalam proses perceraian mereka memandangkan mahkamah syariah mempunyai prosedur yang perlu diikuti.
“Perkataan zalim itu perkataan yang besar dan hanya holeh diterjemahkan di mahkamah. Malaysia ada mahkamah syariah yang sebenar dan kita ikut saluran yang betul.
“Itu adalah prosesnya, tiada unsur penindasan sebab malaysia sebuah negara yang sangat madani ada sistem mahkamah peraturan kaunselor syariah yang boleh menasihati bukan pecah belahkan,” ujarnya.
Ditanya adakah tiada siapa yang boleh menjaga dan menyayangi Diana sepertinya, Farid dengan yakinnya mengiyakan soalan tersebut.
“Iya, tepat jawapan itu (Farid yang boleh jaga dan sayang Diana),” katanya.
Sebelum ini, Diana menganggap tindakan Farid enggan melepaskannya amat ‘memualkan’ dan berharap aktor itu berhenti menzaliminya dengan melepaskan dirinya.
Pada Isnin, Farid enggan melepaskan isterinya ketika sebutan pertama permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Isnin.
Keengganan Farid Kamil menceraikan isterinya membuatkan pasangan selebriti itu diperintah melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP).
Hakim Syarie Abdul Fattah Kamarudin memerintahkan demikian selepas Farid atau nama sebenarnya Farid Farid Kamil Zahari, 43, bertegas tidak mahu melafazkan cerai terhadap Diana.
#Diana Danielle #cerai #Farid Kamil
;